Create your own banner at mybannermaker.com!

Sukan Agen Penyatuan

1. Meletakkan kecemerlangan ilmu pengetahuan sebagai aspek utama dalam diri setiap individu.
2. Menambahkan peluang dan ruang untuk pendidikan, kerjaya, dan peningkatan taraf hidup.
3. Menunjukkan daya saing yang sihat dengan minda Kelas Pertama.
4. Pengisian rohani dan keseimbangan kehidupan bermasyarakat

'Penyokong Setia' telah menggantikan 'Penyokong Fanatik' di semua media tempatan. Dewasakan pemikiran dengan ilmu.

Rabu, 16 Februari 2011

Perpindahan pemain, Malaysia jua yang terhebat



Penghijrahan Safee Sali ke Kelab Pelita Jaya Indonesia satu kehilangan buat pasukan Selangor. Bagi Safee Sali, perpindahannya itu mungkin membuka lembaran baru dalam kerjayanya sebagai pemain bola sepak secara profesional. Impiannya adalah untuk menyertai mana-mana kelab di Australia satu hari nanti. Tidak salah untuk beliau mencuba nasib. Tawaran yang diterimanya itu membuktikan bahawa kejayaan pembangunan bola sepak Malaysia itu sendiri. Mengapa Korea dan Jepun terkenal dan momentum pemain dan kelab mereka hebat dalam sekelip mata? Secara asasnya, pembangunan yang dibuat mesti bertujuan dan punyai matlamat jangka panjang. Pemain yang berjaya di arena sendiri mampu maju bersama skuad negara. Bertatih dari situ, negaranya pula akan maju dan berjaya secara perlahan-lahan sehingga kekal prestasi dan akhirnya persepsi dan sokongan penonton terus kuat. Gabungan keseluruhannya itu, aura, mutu dan gaya persembahan pemain pasti berkualiti kerana minda mereka sudah berada dalam kelasnya yang tersendiri. Satu hari, kita ingin lihat ramai lagi Safee Sali yang berada di negara lain tetapi tetap setia dengan negara tercinta bilaman khidmat mereka diperlukan. Syabas.

Hati-hati KOAM



KOAM berkeras untuk mengadakan latihan bagi atlet olahraga di Ranau Sabah. Kementerian Belia dan Sukan ada memberi pandangan. MSN telah mengambil langkah sewajarnya sebelum ini iaitu dengan menasihati agar ianya tidak perlu diadakan di sana dan cukup di MSN sahaja. Namun tidak pula dipedulikan oleh KOAM. Masa kian suntuk, tarikh latihan sudah dekat sedangkan kemudahan di stadium Ranau masih tidak lengkap. Kerja-kerja pembinaan masih dijalankan. Sepatutnya perancangan untuk kemajuan sukan perlu diteliti dari pelbagai sudut. Nampak sangat pincangnya dan ceteknya pemikiran. Jangan terkejut jika ada lagi perkataan dan sindiran yang lebih tajam daripada ruangan ini.

Sumber: Bernama
Ahad Januari 16, 2011
MSN Tolak Cadangan KOAM Adakan Latihan Di Ranau: Zolkples

KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) memutuskan untuk menolak cadangan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) untuk mengadakan program latihan atlet dengan kos RM3.0 juta di Kompleks Sukan Ranau, Sabah.

Ketua Pengarah MSN Datuk Zolkples Embong berkata tempat latihan yang dikemukakan badan induk sukan olahraga itu tidak sesuai kerana daripada segi geografi, Ranau bukan kawasan tanah tinggi yang sesuai untuk latihan atlet bagi acara berlari.

"Kita tidak mahu bazirkan peruntukan kerajaan untuk program yang tidak memberi kesan kepada pembangunan semua atlet," katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas perkembangan cadangan KOAM untuk mengadakan program latihan atletnya di luar Kuala Lumpur bagi persiapan menghadapi Sukan SEA di Indonesia.

Beliau berkata atlet olahraga perlukan pertandingan berbentuk kompetitif dan bukannya menjalani latihan di luar Kuala Lumpur.

Zolkples berkata MSN akan berhati-hati menyalurkan peruntukan kewangan kepada KOAM setelah badan olahraga itu didapati beberapa kali menggunakan peruntukan tidak mengikut cadangan MSN.

"Tahun lepas MSN telah menyalurkan peruntukan besar kepada KOAM bagi program pembangunan atlet tetapi menggunakannya untuk menghantar atletnya bertanding di luar negara," katanya.

MSN, katanya ada menyalurkan peruntukan khas kepada KOAM untuk membeli peralatan bantuan sukan namun mereka tidak membuat pembelian itu dan wang tidak dikembalikan kepada MSN.

Zolkples berkata beliau kecewa dengan kenyataan KOAM yang mendesak atletnya yang masih belajar untuk menyertai program sedangkan ada di antara mereka perlu menghabiskan pengajian tahun ini setelah tujuh tahun menangguh pengajian.

"Tahun ini atlet tidak mempunyai banyak kejohanan penting dan inilah masa bagi mereka untuk menghabiskan baki pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT)sebelum kembali sibuk dengan kejohanan sukan pada tahun depan," katanya.

Tahun depan atlet negara perlu memberi sepenuh perhatian kepada persiapan menghadapi temasya Sukan Olimpik London, katanya.- BERNAMA