Create your own banner at mybannermaker.com!

Sukan Agen Penyatuan

1. Meletakkan kecemerlangan ilmu pengetahuan sebagai aspek utama dalam diri setiap individu.
2. Menambahkan peluang dan ruang untuk pendidikan, kerjaya, dan peningkatan taraf hidup.
3. Menunjukkan daya saing yang sihat dengan minda Kelas Pertama.
4. Pengisian rohani dan keseimbangan kehidupan bermasyarakat

'Penyokong Setia' telah menggantikan 'Penyokong Fanatik' di semua media tempatan. Dewasakan pemikiran dengan ilmu.

Jumaat, 22 Jun 2012

Penonton dan Penyokong

Sukan tidak dapat dipisahkan daripada penonton dan penyokong. Penonton yang baik adalah mereka yang ingin melihat sesuatu sukan itu menghiburkan di saat pengisian masa yang telah dirancang. Penyokong akan bertindak tanpa mempedulikan masa dan keadaan. Penyokong yang setia kepada pasukan idaman akan merasakan hidup ini satu kepuasan dan meletakan dirinya sama tinggi dengan maruah dan martabat negaranya. Penyokong yang fanatik akan terus taksub dengan kemenangan pasukan pilihan dan akan menggila bilamana pasukan pujaan mereka kecundang. Akibat fanatik yang tidak bertempat, jiwa mereka sakit dan mental mereka liar tanpa pandu arah akal yang ada. Tuntasnya, pengisian kefahaman dan memahami objektif sebenar sebagai penonton dan penyokong perlu dididik dari akar umbi tanpa mengira fahaman ideologi politik dan kaum. Maruah negara dan kesucian nilai agama perlu dijulang seadanya.