Create your own banner at mybannermaker.com!

Sukan Agen Penyatuan

1. Meletakkan kecemerlangan ilmu pengetahuan sebagai aspek utama dalam diri setiap individu.
2. Menambahkan peluang dan ruang untuk pendidikan, kerjaya, dan peningkatan taraf hidup.
3. Menunjukkan daya saing yang sihat dengan minda Kelas Pertama.
4. Pengisian rohani dan keseimbangan kehidupan bermasyarakat

'Penyokong Setia' telah menggantikan 'Penyokong Fanatik' di semua media tempatan. Dewasakan pemikiran dengan ilmu.

Khamis, 24 Mac 2011

SKIM PERLESENAN KEJURULATIHAN KEBANGSAAN (NATIONAL COACHING LICENSING SCHEME)


Tahun 2006 merupakan tahun yang penting dalam sejarah kemajuan bidang kejurulatihan. Di bawah bimbingan dan nasihat Lembaga Kejurulatihan Kebangsaaan (LKK), beberapa pelan tindakan telah dikemukakan untuk pembangunan bidang kejurulatihan di negara ini. Antaranya adalah Kelulusan Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan yang dipengerusikan oleh Y.A.B. Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ke atas Perlaksanaan Skim Pekerjaan Jurulatih Kebangsaan berkuatkuasa pada 1 Julai 2006 yang memperlihatkan adanya satu skim gaji dan elaun yang menarik bagi jurulatih tempatan yang ingin menceburi bidang kejurulatihan secara penuh masa ataupun sambilan.

Dalam masa yang sama Cawangan Kejurulatihan juga telah membangunkan Skim Pelesenan Kejurulatihan Kebangsaan (SLKK) bagi memastikan jurulatih yang mempunyai kelulusan di bawah Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) dapat menikmati imbuhan yang ditawarkan pada skim pekerjaan tersebut. Konsep SLKK ini telah diperkenalkan kepada semua Persatuan Sukan Kebangsaan dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Maka tibalah masanya dilaksanakan supaya semua jurulatih yang bertauliah di negara ini dapat didaftarkan di bawah pengkalan data Pendaftaran Jurulatih Peringkat Kebangsaan (PJPK) dan seterusnya diberi pengiktirafan yang sewajarnya.

sumber: www.nsc.gov.my

Institu Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia


Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) ialah sebuah pusat penyelidikan nasional, di bawah naungan Kementerian Belia dan Sukan, yang menjalankan kajian terhadap pelbagai aspek pembangunan belia dan kaitannya dengan perubahan yang berlaku diperingkat nasional, rantau dan antarabangsa.

Untuk mencapai matlamatnya, IPPBM akan melaksanakan pelbagai jenis program penyelidikan, menganjurkan persidangan, bengkel, syarahan dan seminar; menerbitkan Jurnal dan Monograf mengenai hasil penyelidikan serta mewujudkan program pendidikan dan latihan. Institut ini juga akan menyediakan kemudahan penyelidikan yang pelbagai, termasuklah sebagai sebuah pusat sumber dan data mengenai pembangunan belia.

IPPBM telah dilancarkan oleh Mantan Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi pada 15 Mei 2005 bersempena dengan Hari Belia Malaysia dan dikuatkuasakan di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007

sumber: www.ippbm.gov.my