Create your own banner at mybannermaker.com!

Sukan Agen Penyatuan

1. Meletakkan kecemerlangan ilmu pengetahuan sebagai aspek utama dalam diri setiap individu.
2. Menambahkan peluang dan ruang untuk pendidikan, kerjaya, dan peningkatan taraf hidup.
3. Menunjukkan daya saing yang sihat dengan minda Kelas Pertama.
4. Pengisian rohani dan keseimbangan kehidupan bermasyarakat

'Penyokong Setia' telah menggantikan 'Penyokong Fanatik' di semua media tempatan. Dewasakan pemikiran dengan ilmu.

Ahad, 21 Oktober 2012

Kelantan 'Treble Winner'

Treble Winner. Rekod Kelantan terserlah. Juara Piala FA,juara Liga Super dan Juara Piala Malaysia. 3/4 ruang stadium dipenuhi gelombang merah. Fenomena yang bermula 2009 terus mewarnai ke tahun 2012. Di mana-mana jersi merah menjadi kegemaran anak-anak yang meminati bola sepak. Nama 'The Red Warriors' bukan lagi sekadar jersi tetapi telah menular sebagai asas untuk bidang bisnes yang lain. Pemain tidak sekadar pemain tetapi juga selebriti di kaca televisyen. Keramatnya 'gomo kelate gomo' menjelmakan perpaduan seluruh rakyat Kelantan yang tiada sempadan politik. Semua bersepakat dan menyokong tidak kira tua, muda,miskin dan kaya. Hatta, peminat seluruh Malaysia juga, teruja dengan kesungguhan dan komitmen kedua-dua pasukan yang menampilkan aksi setimpal dan mendebarkan sepanjang 90 minit perlawanan dengan keputusan seri dan berakhir kemenangan pada babak penentuan masa tambahan 30 minit. Perlawanan yang dilihat mencapai mutu dan sentuhan emosi yang pelbagai. Insiden dan ketidakaturan gelagat penyokong kurang mengambil tempat di dada-dada akhbar. Secara tidak langsung, asas menyokong dengan perasaan dan semangat 'penyokong setia' telah melenyapkan gejala 'penyokong fanatik' yang pernah menjadi mimpi buruk dalam sejarah sukan tanahair pada tahun 2009 yang lalu. Tiada kerosakan harta benda awam dan sifarnya insiden pergaduhan di kalangan penyokong. Syabas juga kepada pasukan Angkatan Tentera yang mempamerkan semangat juang yang tinggi walaupun ketinggalan 2 kali sebelum menyamakan kedudukan.

Sabtu, 20 Oktober 2012

Piala Malaysia 2012

Piala Malaysia menjadi impian kemenangan kepada pasukan dan penyokong. Syabas kepada media masa yang mula menggunakan perkataan 'setia' untuk menggantikan 'fanatik' dalam siaran berita mereka. Syabas juga kepada pihak polis yang meletakkan 'kamera tersembunyi' untuk mencekup 'orang gila' yang 'over acting' di dalam stadium. Perlawanan ini begitu signifikan kepada kedua-dua pasukan. Saling mengenali dan saling bersahabat. Namun di atas padang, ianya satu percaturan kebijakan strategi. Posisi di isi dengan teliti. Bukan mudah untuk mendapat yang terbaik. Bukan seorang yang bermain tetapi ianya memerlukan kombinasi sepasukan. Kemantapan fisioterapi dan mutu kepengadilan juga satu aspek yang cukup penting. Psikologi pemain perlu berada dalam tahap konsistensi yang tinggi. Percaturan Bojan Hodak VS B.Sathianathan. Sama hebat sama terancang.Fenomena TRW bermula mulai 2009, ATM menyusur 2012. Catatan Penulis Pada Tahun 2009: Sukan tidak dapat dipisahkan daripada penonton dan penyokong. Penonton yang baik adalah mereka yang ingin melihat sesuatu sukan itu menghiburkan di saat pengisian masa yang telah dirancang. Penyokong akan bertindak tanpa mempedulikan masa dan keadaan. Penyokong yang setia kepada pasukan idaman akan merasakan hidup ini satu kepuasan dan meletakan dirinya sama tinggi dengan maruah dan martabat negaranya. Penyokong yang fanatik akan terus taksub dengan kemenangan pasukan pilihan dan akan menggila bilamana pasukan pujaan mereka kecundang. Akibat fanatik yang tidak bertempat, jiwa mereka sakit dan mental mereka liar tanpa pandu arah akal yang ada. Tuntasnya, pengisian kefahaman dan memahami objektif sebenar sebagai penonton dan penyokong perlu dididik dari akar umbi tanpa mengira fahaman ideologi politik dan kaum. Maruah negara dan kesucian nilai agama perlu dijulang seadanya.