Create your own banner at mybannermaker.com!

Sukan Agen Penyatuan

1. Meletakkan kecemerlangan ilmu pengetahuan sebagai aspek utama dalam diri setiap individu.
2. Menambahkan peluang dan ruang untuk pendidikan, kerjaya, dan peningkatan taraf hidup.
3. Menunjukkan daya saing yang sihat dengan minda Kelas Pertama.
4. Pengisian rohani dan keseimbangan kehidupan bermasyarakat

'Penyokong Setia' telah menggantikan 'Penyokong Fanatik' di semua media tempatan. Dewasakan pemikiran dengan ilmu.

Sabtu, 29 Ogos 2009

Kajian Kes Mengenai Pesakit Kecelaruan Kebimbangan Biasa (Generalized Anxiety Disorder) akibat daripada penyakit Marfan (Marfan Syndrome)

Abstrak

Kajian ini menunjukkan seorang pesakit yang mengalami tekanan mental atau lebih dikenali sebagai ‘mental disorder’ akibat penyakit ‘Marfan Syndrome’. Perkaitan antara keduanya begitu rapat dan sukar dipisahkan. Kajian yang dijalankan adalah melalui kaedah temubual. Pesakit ini diminta menjelaskan jenis penyakit yang dialami, tekanan yang mempengaruhi emosi dan mentalnya, mengingati sejarah kehidupannya, latar belakang pendidikan, perjalanan kehidupannya pada masa sekarang dan cara pesakit mengatasi tekanan yang dihadapi. Temubual diadakan di rumah pesakit diatas permintaannya sendiri dan pesakit meletakkan syarat agar identiti sebenar seperti namanya tidak didedahkan secara langsung. Dapatan kajian menunjukkan bahawa, pesakit ‘Marfan Syndrome’ mempunyai masalah psikologi sehingga mewujudkan tekanan mental. Kajian juga mendapati, tekanan mental yang dihadapi boleh dirawat bilamana pesakit itu sendiri mengenalpasti dan menyedari masalah yang dialami. Kajian ini telah mengenalpasti bahawa sokongan keluarga dan kerahsiaan maklumat oleh keluarganya itu telah menjadikan pesakit tidak malu untuk berdepan dengan masyarakat. Keyakinan yang tinggi terhadap pegangan agama mengetepikan segala tekanan, keresahan, kemurungan, ketakutan dan rendah diri.

Pengenalan
1.1 Latar Belakang Kajian
Pesakit ini telah mengalami sejenis penyakit ‘Marfan Syndrome’ dan akhirnya telah menyebabkan kewujudan fenomena baru ke atas dirinya iaitu Kecelaruan Kebimbangan Biasa (Generalized Anxiety Disorder). ‘Marfan Syndrome’ ialah keadaan yang diwarisi yang memberi kesan kepada tisu penyambung. Fungsi utama tisu penyambung ialah memegang tubuh bersama dan menyediakan rangka untuk tumbesaran dan perkembangan. Bagi kes Marfan Syndrome, tisu penyambung cacat dan tidak berfungsi seperti sepatutnya. Oleh kerana tisu penyambung didapati seluruh tubuh, Marfan Syndrome boleh memberi kesan kepada sistem badan, termasuklah tulang rangka, mata, hati dan saluran darah, sistem saraf, kulit dan paru-paru.
Ia memberi kesan kepada lelaki, perempuan dan kanak-kanak. Ia juga didapati di kalangan manusia pelbagai bangsa dan etnik. Dianggarkan sekurang-kurangnya 1 dalam 5000 orang di Amerika Syarikat mengalaminya. Bagi kes di Malaysia, data terkini tidak dapat diperolehi, hanya pesakit kajian kes ini merupakan kes pertama bagi HUKM.
Kecelaruan Kebimbangan Biasa (Generalized Anxiety Disorder) adalah kebimbangan mengenai pengalaman kehidupan setiap hari. Ia melibatkan keadaan penjagaan sehingga menyebabkan terjadinya perkara dramatik semasa kanak-kanak atau persekitaran yang tidak diramalkan seperti biasa. Kebimbangan berterusan mengenai pelbagai isu yang benar-benar berlaku atau hanya imaginasi. Kecelaruan Kebimbangan Biasa (GAD) merupakan sebahagian daripada cabang Kecelaruan Kebimbangan (Anxiety Disorder). Biasanya ia boleh diwarisi dan mungkin juga disebabkan tekanan yang besar.
Individu yang mengalami ‘anxiety’ selama sekurang-kurangnya satu bulan tanpa sebab yang khusus akan dikategorikan sebagai mengalami kecelaruan kebimbangan biasa. Satu contoh tentang kecelaruan ini ialah apabila seseorang itu mempunyai perasaan bimbang atau gelisah pada sepanjang masa dan antara perasaan ini adalah seperti yang dicatatkan di bawah;
Saya sering diganggu apabila degupan jantung meningkat
Gangguan-gangguan kecilan mengganggu diri saya.
Saya sering merasa takut tanpa sebab yang logikal.
Saya selalu rungsing dan ini menyebabkan saya bersedih.
Saya kerap rasa penat dan lesu.
Saya sering menghadapi kesukaran untuk memuat sesuatu keputusan.
Kadangkala suasana di sekeliling menakutkan.
Saya selalu mengalami ketakutan dan kerungsingan.
Saya selalu merasa saya tidak berupaya mengatasi masalah yang dihadapi.
Saya kerap merasai diri tertekan.

1.1.1 Latar Belakang Pesakit
Pesakit ini dilahirkan pada 28 Disember 1978 di sebuah daerah di negeri Kelantan. Anak kepada seorang kakitangan kerajaan yang bekerja sebagai pemandu Jabatan Kerja Raya Malaysia dan ibunya sebagai suri rumah sepenuh masa. Memandangkan pendapatan ibu bapanya yang tidak seberapa, peluang untuk mendapatkan rawatan secara terus daripada pakar swasta tidak kesampaian.
Bermula pada 21 Disember 1985 beliau telah dikenal pasti mempunyai satu penyakit yang perlu diberi perhatian yang khusus. Kes beliau telah dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian Kota Bharu. Akhirnya, disebabkan keseriusan penyakit yang dialami, beliau telah diletakkan sebagai ‘special patient’ di bawah pengawasan Dr. Zulkurnai iaitu pakar perubatan yang khusus dalam penyakit ‘Marfan Syndrome’. Sementara doktor yang memberi rawatan secara terus kepada beliau ialah Dr. Lee Yeong Yeh. Melalui pengamatan doktor, beliau dinasihatkan tidak melakukan aktiviti yang berat atau melebihi beban yang sepatutnya kerana injap jantungnya agak lemah.
Keadaan fizikalnya begitu kurus, ketinggian yang begitu ketara dan kurang bermaya. Pada pandangan mata pihak luar, mereka boleh menjangkakan bahawa beliau sememangnya mempunyai penyakit. Pesakit ini begitu pemalu dan tidak berani untuk berdepan dengan masyarakat kerana bentuk fizikalnya itu. Perkara ini telah menjadi tekanan yang keterlaluan pada masa-masa tertentu dan terlalu pasif jika dibiarkan berterusan.
Gambaran ini berlanjutan sehingga beliau berada di Universiti. Beliau hanya keluar dari bilik penginapan semata-mata untuk hadir ke kuliah. Demam dan kelesuan dalam badan sering terjadi. Hanya ubat-ubatan sahaja yang mampu meredakan keadaan. Suara-suara perli secara tidak langsung sampai juga ke pendengarannya. Keadaan ini menyebabkan beliau begitu tertekan dan sering menangis tidak bersebab. Kehadiran ahli keluarga terdekat pada hari-hari kelapangan atau cuti, memang memainkan peranan yang besar terhadap kehidupannya.
Semasa melalui sesi temubual, seperti ada perkara yang masih ingin disembunyikan. Apa yang dapat dinyatakan di sini ialah perkaitannya dengan ‘skizofrenia.’ Setelah difahami maksudnya, pesakit ini pernah mengalami keadaan ini kerana tertekan dengan suasana persekitaran dan keadaan dirinya yang tidak normal seperti orang lain.
Panggilan seperti ‘gila, otak mereng dan tidak siuman’ menyebabkan ramai pesakit tidak mendapatkan rawatan, walaupun menyedari mereka menghadapi masalah gangguan fikiran. Malah, panggilan itu membuatkan ramai rasa malu dan bimbang pandangan serong masyarakat sehingga sanggup menyembunyikan ahli keluarga yang ‘sakit’
Masalah utama yang belum dapat diatasi ialah perasaan malu ibu bapa untuk mengakui anak mereka mengalami gangguan mental seperti skizofrenia iaitu penyakit mental serius, sedangkan tindakan itu sebenarnya hanya memburukkan keadaan. Malah, menyembunyikan pesakit bermakna menafikan hak mereka untuk menjalani kehidupan normal seperti orang lain.
Schizofrenia dianggap antara gangguan mental yang biasa dan dianggarkan membabitkan satu peratus daripada jumlah penduduk atau 250,000 orang. Paling memeranjatkan, ia kerap melanda golongan muda dan lebih ramai lelaki muda mengalami schizofrenia pada umur 15 hingga 30 tahun berbanding wanita. Di seluruh dunia, dianggarkan 24 juta pesakit mengalami masalah ini.
Perunding Psikiatri, Jabatan Perubatan Psikologi PPUM, Dr Ahmad Hatim Sulaiman, berkata skizofrenia adalah gangguan mental yang kronik dan serius diakibatkan ketidakseimbangan atau kecelaruan bahan kimia otak. Ia menjejaskan keupayaan pesakit untuk berfikir yang secara tidak langsung menyebabkan kualiti kehidupan merosot.
Menurut Perunding Psikiatri dan Epidemiologi Klinikal, Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Kuala Lumpur, Dr Salina Abdul Aziz, pesakit lelaki paling ramai mengalami masalah schizofrenia ketika berumur 21 hingga 30 tahun dan bagi wanita insiden boleh berlaku pada dua peringkat umur iaitu antara 21 hingga 30 tahun dan 31 hingga 40 tahun.

Menguruskan Tekanan Dalam Kehidupan
Disebabkan ibu bapanya tidak mewar-warkan penyakit sebenar yang dialaminya, ia tetap terpelihara sebagai rahsia keluarga yang tidak perlu dikongsi dengan sesiapa sahaja. Bagi mereka, penderitaan dan beban yang ditanggung terpaksa dipikul dan telah menjadi suratan takdir untuk menerima hakikat itu sebagai dugaan hidup.
Setelah melalui waktu-waktu yang terdahulu, beliau semakin matang dalam tindakan hariannya. Banyak maklumat mengenai pengurusan stress dibaca dan cuba dipraktikkan setiap waktu.
Beliau semakin faham dengan amalan gaya hidup sihat yang merangkumi pengambilan makanan seimbang, kerap bersenam, cukup tidur dan mendekatkan diri dengan agama antara cara terbaik untuk menangani tekanan.
Bagaimanapun, kehidupan yang sempurna sukar dimiliki jika tiada kesungguhan untuk melaksanakannya. Tanpa disedari, tekanan menjadi elemen penting dalam hidup semua orang, termasuk dirinya sendiri.
Tekanan menjadi pewarna dan perencah kehidupan kerana tanpa tekanan hidup kita jadi hambar. Namun, tekanan yang berlebihan dan tidak diuruskan dengan baik boleh mendatangkan kemudaratan.
Tekanan menyebabkan kita cepat letih, resah, risau, tekanan darah meningkat dan ada yang melegakan perasaan dengan makanan sehingga tidak sedar mereka sebenarnya makan terlalu banyak.

1.1.2 Sejarah Pendidikan Pesakit
Zaman persekolahan hanyalah di sebuah sekolah yang berasaskan kampung sahaja. Perwatakan pada zaman kanak-kanak tidaklah begitu seriang rakan sebaya yang lain kerana halangan kesihatan yang dialami. Namun keinginan untuk berkongsi keseronokan kadang-kadang melebihi dari tahap kesabaran. Oleh itu, beliau kerap mencuri masa untuk bermain bersama rakan sejiran tanpa memaklumkan kepada ibu bapanya. Di sebalik kedhaifan kewangan keluarga, beliau mencapai keputusan 3A dalam keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Kecemerlangan itu diteruskan lagi melalui Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan mendapat keputusan 3A dan 6B. Kecemerlangan itu diteruskan pula melalui Peperiksaan Sijl Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat pangkat 1. Diperingkat STPM pula beliau mendapat 3A dan 2C. Pada tahun 1999 beliau berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia. Semasa berada di UKM, keadaan fizikal beliau agak kurus dan kurang melibatkan diri dalam aktiviti kampus.

1.1.3 Peralihan Pesakit Marfan Kepada Kecelaruan Kebimbangan
Biasa (Generalized Anxiety Disorder)
Keadaan ini adalah disebabkan ketidakseimbangan hormone yang berlaku di dalam badan.Melibatkan set reaksi neurological dan physiological terhadap stress. Hans Selye (1985) mendefinisikan stress sebagai tidak spesifik yang terjadi kerana pelbagai jenis penyebab stress. Seterusnya beliau telah memfokus terhadap aspek dalaman stress. Selye mendapati seseorang yang mengalami stress yang berpanjangan melalui tiga fasa: reaksi amaran (alarm reaction), peringkat penentangan (stage of resistance) dan keletihan (exhaustion). Beliau memberikan istilah bagi set tindakbalas ini sebagai General Adaptation Syndrome(GAS)-Sindrom adaptasi umum.Tindak balas umum terhadap stress ini dilihat sebagai satu set reaksi yang menggerakkan sumber-sumber organisma untuk menghadapi ancaman segera.
Reaksi amaran adalah sama dengan tindak balas dengan melawan-atau melarikan diri (fight-or-flight) dan ia termasuklah pelbagai tindak balas neurological dan physiological apabila berkonfrontasi dengan penyebab stress. Apabila satu ancaman dirasakan , hypothalamus, akan mengeluarkan signal terhadap kedua-dua system saraf sympathetic and pituitary. Sistem saraf symphatetic merangsang urat adrenalin. Urat adrenalin akan melepaskan corticosteroids untuk meningkatkan hormone adrenocorticotrophic (ACTH) yang juga akan memberi kesan terhadap urat adrenal. Urat adrenal kemudian akan melepaskan epinephrine dan norepinephrine yang memanjangkan tindak balas melawan –atau-melarikan diri. (fight-or-flight).
Peringkat penentangan ialah keadaan bangun atau bangkit yang berterusan. Jika situasi stress berpanjangan, tahap hormone yang tinggi semasa fasa penentangan mungkin mengecewakan homeostasis dan membahayakan organ dalaman menyebabkan organism terdedah kepada penyakit. Terdapat bukti daripada kajian haiwan bahawa urat adrenal sebenarnya saiznya akan meningkat semasa tahap penentangan yang akan memantulkan aktiviti yang berpanjangan.
Peringkat keletihan berlaku selepas penentangan yang berpanjangan. Pada peringkat ini, tenaga badan yang tersimpan akhirnya akan lemah dan kerosakan akan berlaku. Selye mendapati bahawa dalam diri manusia , banyak penyakit terpendam atau disebabkan oleh stress berlaku dalam peringkat penentangan dan beliau merujuk nya sebagai penyakit adaptasi (disease of adaptation). Penyakit-penyakit ini termasuklah sakit kepala, insomnia, tekanan darah tinggi dan penyakit buah pinggang dan kardiovaskular. Umumnya, sistem saraf pusat dan tindak balas hormone membantu adaptasi. Walaupun begitu, ia kadangkala membawa kepada penyakit terutamanya apabila keadaan stress berpanjangan atau mendalam.

1.1.4 Senario Kehidupan Terkini
Disember 2005 telah merubah sedikit perjalanan hidup pesakit. Dalam keadaannya yang sedikit berbeza dengan insan biasa beliau telah melayari kehidupan berumah tangga. Berasaskan konsep ‘jodoh di tangan tuhan’, beliau dipertemukan dengan seorang pemuda yang bertanggungjawab dan memenuhi ciri sebagai seorang suami seperti kehendak ramai wanita biasa. Bertugas sebagai seorang guru di sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur sememangnya menuntut kesabaran yang tinggi. Walaupun telah berumah tangga, suaminya jauh terpisah berada di negeri Kelantan kerana tiada cawangan pertukaran kerjanya. Di sini, pesakit mengalami banyak tekanan dari segi emosi. Keinginan untuk mendapatkan seorang anak begitu berkobar-kobar tetapi malangnya sering negatif akibat keguguran. Kegagalan jantung akibat ‘Marfan Syndrome’ mengecewakan harapan pesakit. Pernah pesakit menderita begitu teruk kerana proses mencuci janin yang mati dalam peranakan.
Berasaskan keyakinan yang tinggi terhadap tuhan, beliau mengetepikan saranan doktor yang menghalang beliau daripada mengandung. Semasa temubual ini diadakan pesakit sedang hamil 6 bulan. Beliau tabah walaupun kekerapan untuk beliau berulang alik ke Hospital UKM begitu tinggi. Hidup berdikari tanpa suami disisi memang satu keadaan yang sukar. Hanya telefon bimbit menjadi alat penghubung antara satu sama lain. Pakar HUSM yang memantau kes beliau cemas dan mengeluarkan surat agar beliau diberi kelonggaran untuk bertukar berkhidmat di negeri Kelantan. Malangnya, pihak Kementerian Pelajaran berdolak dalik dan akhirnya diam menyepi tanpa meluluskan pertukaran. Serangan emosi dan tekanan mental yang dialami pada waktu itu begitu memuncak dan seringkali bercuti dari tugasan mengajar.
Rasa kesyukuran setelah berjaya mengandung tidaklah menghilangkan tekanan. Jelas kerisauan terhadap kandungannya di tahap akhir nanti sering menghantui fikirannya. Doktor HUKM mengesyorkan agar beliau menjalani kaedah ‘caesarian’ (pembedahan) untuk mengeluarkan bayinya. Ini adalah kerana, jantung beliau tidak begitu kuat untuk mengharungi detik mencemaskan jika bersalin seperti keadaan normal.

1.1.5 Rawatan Yang Diterima
Pesakit telah menjalani prosedur di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian Kota Bharu Kelantan dimana kesnya dirujuki. Pakar mengeluarkan satu surat kepada pihak Hospital Kebangsaan Universiti Kebangsaan Malaysia Kuala Lumpur (HUKM) untuk memaklumkan segala butiran kes pesakit termasuk pencapaiannya. Banyak ubatan yang dibekalkan bagi menyokong keperluan fisiologi badan bagi peningkatan kesihatannya dan bayi yang dikandung.


1.1.6 Menguruskan Tekanan Dalam Kehidupan
Amalan gaya hidup sihat yang merangkumi pengambilan makanan seimbang, kerap bersenam, cukup tidur dan mendekatkan diri dengan agama antara cara terbaik untuk menangani tekanan.
Bagaimanapun, kehidupan sukar dimiliki jika tiada kesungguhan untuk melaksanakannya. Tanpa disedari, tekanan menjadi elemen penting dalam hidup semua orang, termasuk kanak-kanak.
Tekanan menjadi pewarna dan perencah kehidupan kerana tanpa tekanan hidup kita jadi hambar. Namun, tekanan yang berlebihan dan tidak diuruskan dengan baik boleh mendatangkan kemudaratan.
Tekanan menyebabkan kita cepat letih, resah, risau, tekanan darah meningkat dan ada yang melegakan perasaan dengan makanan sehingga tidak sedar mereka sebenarnya makan terlalu banyak.


1.2 Pernyataan Masalah
Umum mengetahui bahawa penghidap ‘Marfan Syndrome’ akan berdepan dengan pelbagai masalah dalam kehidupan. Bagi pesakit ini, beliau menjadikan penyakit dan penderitaan yang dialami sebagai ‘kerahsiaan kekal’ yang tidak mahu dikongsi dengan sesiapa jua. Keyakinannya terhadap pengkaji yang dapat menyembunyikan identiti sebenar telah membuka sedikit ruang kepada pihak umum untuk mengetahui secara lebih lanjut mengenai ‘Marfan Syndrome’ yang akhirnya membawa kepada tekanan mental yang dikategorikan sebagai ‘Generalized Anxiety Disorder’. Jika pengkaji di Malaysia ingin maklumat lanjut mengenai penyakit ini, tidak banyak yang dapat diperolehi melalui internet. Biasanya maklumat ini banyak yang diperolehi dari negara luar. Oleh itu, masyarakat kurang berpeluang mengetahui secara jelas apa itu ‘Marfan Syndrome’ dan bagaimana penyakit ini telah beralih kepada tekanan mental bagi penghidapnya. Sepatutnya maklumat yang diperolehi daripada kajian ini boleh diabstrakkan kepada mana-mana pesakit yang mengalami keadaan yang sama atau hampir sama dengan pengalaman pesakit. Proses mengabstrak akan berlangsung secara sendiri bilamana seseorang pesakit itu melalui peristiwa yang sama dilalui oleh pesakit kes ini.

1.3 Tujuan Kajian
Hasil kajian ini, bolehlah dilihat bahawa pesakit yang mengalami penyakit yang asas boleh mempengaruhi kewujudan ‘mental disorder’. Perkaitan antara keduanya begitu rapat dan sukar dipisahkan.

1.4 Objektif Kajian
i). Untuk mengetahui kaitan ‘Marfan Syndrome’ dengan ‘Generalized Anxiety
Disorder’
ii). Untuk mengetahui tahap tekanan mental pesakit dan penderitaannya.
iii). Untuk melihat cara pesakit menghadapi tekanan mental yang dialami.


1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mendapatkan seberapa banyak maklumat mengenai pesakit ‘Marfan Syndrome’ yang mengalami ‘Generalized Anxiety Disorder’.
i.) Apakah ‘Marfan Syndrome’?
ii.) Apakah ‘Generalized Anxiety Disorder’?
iii). Bagaimana keadaan pesakit pada peringkat awal?
iv). Bagaimana keadaan pesakit pada waktu sekarang?
v). Apakah rawatan yang telah diterima oleh pesakit?
vi). Bagaimana cara mengatasi tekanan akibat penyakit dan mental?

1.6 Definisi Operasional
Beberapa istilah untuk kegunaan kajian ini perlulah diperbincangkan terlebih dahulu. Pendefinisian istilah ini perlu dibuat agar skop perbincangan kajian ini mudah difahami. Istilah-istilah tersebut ialah:
i). ‘Generalized Anxiety Disorder’ ialah kecelaruan kebimbangan biasa
ii). ‘Marfan Syndrome’ ialah keadaan yang diwarisi yang memberi kesan
kepada tisu penyambung. Fungsi utama tisu penyambung ialah
memegang tubuh bersama dan menyediakan rangka untuk
tumbesaran dan perkembangan. Bagi kes Marfan Syndrome,
tisu penyambung cacat dan tidak berfungsi seperti sepatutnya.
iii). Peningkatan merujuk kepada adanya kemajuan atau perkembangan
setelah maklum balas tentang pengetahuan hasil diberi.
iv). Pencapaian menguasai sesuatu perlakuan setelah maklum balas tentang
pengetahuan hasil diberi.
v). Mengabstrak bermaksud boleh mengeluarkan dan menggunakan
maklumat yang sedia ada pada diri sendiri dan ianya adalah apa-apa
maklumat yang tersimpan yang diperolehi melalui latihan.

1.7 Kepentingan Kajian
Dapatan yang diperolehi melalui kajian kes ini boleh disebar luaskan kepada pengetahuan umum. Seseorang pesakit yang mengalami penyakit yang serius ‘Marfan Syndrome’ dan mendapat ‘Generalized Anxiety Disorder’ tidak semuanya berakhir dengan kegagalan dan tidak mendapat tempat dalam masyarakat.
Semangat melawan dan sokongan keluarga terdekat adalah senjata utama dalam mengatasi setiap tekanan yang dihadapi. Oleh itu, kejayaan ini bolehlah dijadikan simbol dan contoh kepada mereka di luar sana bahawa setiap penyakit itu ada penawarnya. Apa yang perlu ialah, kewajaran tindakan dan usaha yang berterusan tanpa putus asa.

1.8 Limitasi Kajian
Kajian ini hanya dijalankan ke atas seorang pesakit sahaja. Kajian ini dapat disiapkan dalam keadaan bersyarat iaitu pesakit mahu maklumat yang diberikan mestilah tidak mengumumkan namanya.
Faktor kekangan masa juga mempengaruhi dalam mendapatkan maklumat. Temubual hanya dapat diadakan di rumah subjek sekiranya rakan serumah telah pulang dari tempat kerja. Subjek lebih mementingkan adab pergaulan dan pandangan masyarakat setempat. Subjek tidak mahu kehadiran penyelidik menjadi salah erti kepada jiran-jiran yang sememangnya mengetahui tempat tinggal subjek hanya dihuni oleh kaum wanita.


Bahagian Kedua: Kajian Lampau

Wilhelm Wundt (1879) berpendapat bahawa pengalaman emosi boleh terhasil melalui beberapa kombinasi pengalaman yang tertentu seperti tenang-gelisah, tegang-santai, dan kegembiraan-kemurungan. Hal ini terbukti benar apabila kita melihat kepada tekanan hidup, iaitu kualiti, intensiti dan jangka masa tekanan di atas dimensi tenang-gelisah itu akan melahirkan beberapa emosi yang berlainan seperti takut, bimbang, cemas, gementar, anxieti, marah dan emosi berbentuk positif seperti suka,riang dan gembira. Keadaan yang dinyatakan oleh Wilhelm Wundt ini didapati benar sebagaimana apa yang berlaku ke atas pesakit ini.
Hans Selye (1956) telah memperkenalkan satu istilah bagi set tindakbalas iaitu ‘General Adaptation Syndrome’ (GAS) – Sindrom Adaptasi Umum. Terdapat tiga komponen dalam model stress ini iaitu komponen luaran, komponen dalaman dan interaksi antara komponen luaran dan dalaman. Bagi komponen luaran, ia melibatkan peristiwa persekitaran yang membawa pembentukkan stress dan menghasilkan tindak balas stress. Dalam komponen dalaman pula, Selye mendapati seseorang yang mengalami stress yang berpanjangan akan melalui tiga fasa iaitu reaksi amaran (alarm reaction), peringkat penentangan (stage of resistence) dan ‘Exhaustion’. Didapati pesakit dalam kes ini mempunyai persamaan dengan teori Hans Selye iaitu tindakan ‘melarikan diri’
Beck (1983) menyatakan bahawa motivasi adalah satu istilah yang menerangkan tentang beberapa variasi pada tingkah laku manusia seperti mengapa seseorang itu lebih tekun daripada individu lain. Mengikut definisi Chaplin (1985) pula motivasi bermakna angkubah-angkubah yang digunakan untuk menerangkan tentang faktor-faktor dalaman organisma yang membangkitkan dan mengarahkan tingkah laku ke arah sesuatu matlamat.
McClelland (1953) mengatakan bahawa setengah-setengah individu lebih berjaya daripada individu lain kerana mereka mempunyai keinginan pencapaian yang lebih tinggi. Keinginan atau kehendak ini memberi mereka motivasi untuk bekerja dengan lebih tekun supaya dapat mencapai apa yang diingini selama ini.

Metodologi

Menghubungi subjek dan membuat penetapan temujanji.
Meminta izin suami kepada subjek.
Menemubual secara langsung.
Membuat rumusan dan dapatan kajian.
Melaporkan hasil dapatan.

Perkara yang perlu diberi perhatian oleh ahli keluarga kepada pesakit
Jangan bersikap terlalu mengongkong.Jangan suka memberi kritikan negatif terhadap semua tindakan pesakit.Beri pesakit peluang berdikari dan membuat keputusan sendiri.Rangsang pesakit supaya dia bersemangat dan berfikiran positif.Elak membiarkan pesakit bersendirian dan bermuram.Bantu pesakit mengenal pasti masalah dan cari jalan penyelesaian.Timbulkan suasana gembira dan memasukkan pesakit dalam semua aktiviti keluarga supaya pesakit berasa dihargai.

Mengapa perlunya pemahaman mengenai sains sukan dalam kehidupan
Individu yang ingin meningkat dalam kesihatan memerlukan peningkatan potensi fizikal, mental dan sosial yang sedia ada pada diri mereka. Salah satu cara yang boleh membantu mereka mencapai kecemerlangan dalam kehidupan adalah melalui persiapan yang rapi yang lebih sainstifik serta mengikuti program-program latihan yang bersistematik.
Contohnya, latihan yang memberi penekanan kepada aspek-aspek kecergasan fizikal (fisiologikal) iaitu latihan daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, kelembutan otot, kepantasan, kuasa, imbangan, ketangkasan, masa tindak balas yang cepat dan koordinasi.
Pengetahuan dan mengaplikasikan sistem-sistem tubuh badan seperti sistem tenaga, sistem pernafasan, sistem saraf, sistem otot dan tulang, sistem endokrina, dan sistem-sistem yang lain dalam program-program latihan yang amat diperlukan.
Ahli-ahli fisiologi mengatakan bahawa kecergasan merupakan satu keadaan di mana seseorang itu mempunyai keupayaan untuk melakukan kerja hariannya tanpa kelesuan dengan penggunaan tenaga yang minima serta mempunyai tenaga lebihan untuk digunakan dimasa kesenggangan dan ketika dalam keadaan kecemasan.
Kecergasan didefinisikan sebagai kebolehan untuk menyaingi kehidupan yang seimbang dan lengkap. Ini secara keseluruhan melibatkan kecergasan social, kecergasan psikologi dan kecergasan fisiologi. Kesemua ini ditentukan pula oleh persekitaran, keturunan (baka) dan cara hidup seseorang itu.
Kesimpulannya, kita perlu mengetahui dengan lebih lanjut mengenai fungsi setiap bahagian badan bagi mengelakkan berlakunya masalah dalam setiap aktiviti. Oleh itu, pengetahuan pendidikan kesihatan dan aspek sains sukan amat penting bagi menangani masalah dalam kehidupan seharian.

Kesihatan Mental Itu Penting
Mereka yang mempunyai kesihatan mental yang baik merasa selesa dengan diri sendiri, merasa selesa dengan orang lain dan boleh memenuhi cabaran hidup seharian. Oleh itu, kesihatan mental seperti kesihatan fizikal, mesti dipromosikan dan dipertahankan.
Kesihatan mental adalah berkait dengan kehidupan seharian pada setiap orang.. Untuk itu, pesakit yang telah ditemuramah ini, perlu mengetahui dengan lebih lanjut megenai promosi kesihatan mental yang banyak dilakukan oleh pihak-pihak tertentu seperti kerajaan dan NGO.
Agensi seperti hospital, klinik, Jabatan Kebajikan, Lembaga Perancang dan Pembangunan Keluarga Negara, Kementerian Belia, Kementerian Pendidikan, Jabatan Agama. Agensi bukan kerajaan seperti Majlis Kebajikan Kanak-kanak Malaysia, Persatuan Ibubapa, Guru-guru dan lain-lain.
Promosi kesihatan mental adalah intervensi-intervensi yang dibentuk bagi membolehkan individu meningkatkan dan mengekalkan kesihatan mental yang optimum, kesejahteraan hidup dan melaksanakan fungsi-fungsi social. Intervensi-intervensi tersebut tertumpu kepada peningkatan status social, fizikal dan persekitaran ekonomi yang menentukan kesihatan mental dan kemampuan daya tindak individu dan masyarakat.
Kebanyakkan orang apabila mendengar perkataan kesihatan mental akan memikirkan tentang penyakit mental. Akan tetapi kesihatan mental adalah lebih dari sekadar ketiadaan penyakit mental. Kesihatan mental melibatkan semua orang tetapi penyakit mental hanya melibatkan sebahagian orang tertentu sahaja.
Kesimpulannya, kesihatan mental adalah bertujuan bagi mencegah penyakit mental daripada berlaku iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan gangguan-ganggun teruk dalam pemikiran, perasaan dan tingkah laku. Gangguan-gangguan ini menyebabkan seseorang itu tidak mampu untuk menghadapi cabaran dan kehidupan seharian.
Identiti seseorang merujuk kepada tanggapan keseluruhan tentang kebolehan, tingkah laku dan personality seseorang. Imej diri yang dipamerkan adalah hasil dari pengalaman-pengalaman dan juga apa yang diinginkan berlaku terhadap diri tersebut.
Seseorang individu dengan kesihatan mental yang baik secara sedar mengenali keinginan, kebolehan, kekurangan, tanggungjawab, hak-hak, tindakan dan tujuannya dengan gangguan pemikiran yang minima.





Bentuk Fizikal Pesakit ‘Marfan Syndrome’


Marfan : Bentuk tangan kurus dan panjang Marfan : Bentuk badan posisi berdiri


Marfan : Bentuk tangan Marfan : Tulang tangan


Marfan : Wajah penghidap Marfan : Pandangan belakang kaki



Marfan : Pandangan depan kaki Marfan : Keadaan mata seperti juling



Marfan : Biji mata Marfan : Tangan pandangan sisi



Marfan : Bentuk kepala pandangan sisi Marfan : Peringkat bayi



Marfan : Wajah pesakit







Rujukan

Abdul Hamid Abdul Rashid (1992). Anatomi Umum. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.
B.Sarjit Singh (1988). Buku Sumber Kecergasan Fizikal Persatuan Pendidikan Jasmani Malaysia (3rded).
Generalized Anxiety Disorder, sumber internet.
Hans Selye (1956), The Stress of Life. New York: McGraw-Hill.
Mahmud Nazar Mohamed (1992). Pengantar Psikologi, Satu Pengenalan Asas Kepada Jiwa Dan Tingkah Laku Manusia, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.
Mohd.Hamim Rajikin (1988). Konsep Asas Tubuh Manusia. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.
Norlaila Hamima Jamaluddin (2007). Asma, Harian Metro.
Norlaila Hamima Jamaluddin (2007), Sakit Mental Serius, Berita Harian Online, Malaysia.
Norlaila Hamima Jamaluddin (2007), Cara Mudah Urus Tekanan, Berita Harian Online, Malaysia.
Norlaila Hamima Jamaluddin (2007), Schizofrenia, Kimia Otak Tak Seimbang, Berita Harian Online, Malaysia.
Marfan Syndrome, sumber internet.
Promosi Kesihatan Mental (2000). Manual Mesej Utama dan Sokongan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Sheikh Kamaruddin Sheikh Ahmad (2006). Keperluan Dan Aplikasi Sains Sukan. Majlis Sukan Negara, Malaysia.

Pergerakkan Projektil

1. Banyak sukan melibatkan balingan bola atau objek yang lain.
2. Untuk menerangkan konsep ini, kita akan mengangap bahawa tiada penolakan udara.
3. Apa-apa projektil yang dibaling seperti bola boleh dikira mempunyai komponen velocity vertical dan horizontal seperti yang ditunjukkan oleh diagram.
4. Laluan projektil, perubahan berlaku hanya dalam arah tuju vertical kerana pengaruh gravity, sementara komponen horizontal velocity tidak berubah. (ia tidak berapa benar, akan terjadi slowdown yang kecil pada arah tuju horizontal kerana penolakan udara).
5. Velocity vertical projektil menjadi lebih kecil pada laluan atas sehingga ia mencapai puncak parabola.
6. Pada puncak parabola, komponen vertical velocity adalah sifar.
7. Selepas point itu, komponen vertical berubah arah tuju dan magnitude meningkat dalam arah yang ke bawah dan jarak vertical bergerak setiap kali selepas rehat / selangan meningkat.

Aerodynamics

1. Berkait dengan aliran udara atau cecair sekitar projektil yang mempengaruhi kelajuan dan arah tuju objek.
2. Aliran udara sekitar bola yang dibaling melalui udara berbeza ketara bergantung samada ia mempunyai permukaan licin atau kasar (contoh jalur pada bola baseball atau kriket, lekukan pada bola golf)
3. Bagi bola licin, molekul udara bergerak sekeliling bola ke belakang dimana mereka bertemu dan bercampur dan bergabung untuk menolak bola ke depan. Tekanan di belakang bola adalah kurang daripada tekanan di depan.
4. Apabila bola mempunyai permukaan yang tidak rata (turbulence) berlaku apabila udara bergerak melalui bola. Turbulence menyebabkan udara melekat pada bola lebi lama sedikit dan meningkatkan gerakan (seperti gerakan bot) yang meningkatkan lantunan.

Daya Centrifugal

Centrifugal force (daripada perkataan Latin ‘centrum “center” dan fugere “to flee” adalah istilah yang mungkin merujuk kepada dua tekanan berbeza yang berkait dengan rotation.
Kedua-duanya diorientasi jauh daripada axis rotation, tetapi objek di mana mereka exerted adalah berbeza.
Tekanan yang diorientasikan ke arah axis rotation dipanggil centripetal force.
Tekanan centrifugal yang sebenar atau reaktif berlaku dalam reaksi kepada angular velocity pada berat.
Jika badan di rotate secara bebas kekal tidak terusik (contoh tidak terjejas atau terpisah), tekanan centrifugal diukur pada mana-mana point / titik pada atau atas badan yang betul-betul sama dengan tekanan centripetal yang ditujukan kea rah rotation pada point yang sama.
Centripetal acceleration adalah satu istilah bagi perubahan yang berterusan dalam linear velocity sebagai satu point yang melengkung sekitar axis rotation berbanding daripada melayangkan badan.
Apabila tekanan luar meningkat satu badan atau jisim yang kekal tidak terusik, satu persamaan dan tekanan tangential yang bertentangan akan exerted dengan rotate objek berdasarkan Hukum Newton Ketiga.
Satu tekanan centrifugal ‘psendo’ atau ‘ frictitious’ akan muncul apabila rangka rujukan rotating digunakan untuk analisis.
Rangka acceleration yang benar oleh tekanan centrifugal yang exerted ke atas semua subjek dan diarahkan keluar daripada axis of rotation.

Daya Centripetal

Untuk membincangkan pergerakkan sesuatu objek yang sedang bergerak dalam bulatan, kita biasa menggunakan istilah centripetal acceleration dan tekanan centripetal.
Untuk sesuatu bergerak dalam bulatan, arah tuju velocity mesti sentiasa berubah.
Apa-apa perubahan velocity, magnitude atau arah tuju, bermakna objek itu ditingkatkan.
Dalam kes pergerakkan dalam bulatan, kita panggil centripetal acceleration.
Accelaration point terhadap pusat bulatan, bahkan centripetal bermakna mencari titik pusat (enter-seeking).
Bagi Hukum Newton Kedua, peningkatan seumpama itu menunjukkan pasti ada tekanan yang bertindak ke atas objek, menuju ke tengah pusat bulatan.
Perubahan ini dalam velocity dan peningkatan centripetal digambarkan dalam diagram pemain skate berskating dalam bulatan
Satu cara mudah untuk mengalami centripetal acceleration adalah dalam permainan memecahkan putaran. Ia biasa dimainkan di atas permukaan ais di mana sekumpulan besar skater memegang tangan. Seorang skater menjadi orang di tengah yang mula menghayun semua skater sekeliling dalam bulatan. Permainan ini juga boleh dimainkan di atas tanah dalam ruang yang luas dan terbuka.
Jika group yang sama mula bergerak lebih laju, maka skater di tengah mesti menarik lebih kuat untuk memastikan group berayun dalam satu bulatan.
Skater di luar akan berasa tarikan ke dalam pada lengan apabila dia berayun dalam satu bulatan.
Tarikan ini dinamakan centripetal force. Tarikan akan lebih besar apabila putaran lebih laju atau lebih ramai skater menyertai putaran.

Tajuk : Kesan Pemantauan Menerusi Program Refleksi Kepada Kelakuan Verbal Jurulatih Baru Bagi Pemain Bola Tampar : Satu Kajian

Tujuan kajian adalah untuk mengubahsuai kelakuan verbal jurulatih bola tampar semasa pertandingan. Kelakuan jurulatih semasa latihan dan pertandingan adalah salah satu pembolehubah yang mempengaruhi pencapaian. Semasa pertandingan bola tampar terdapat 5 peluang jurulatih memberikan informasi kepada pemain ialah sebelum pertandingan, semasa pertandingan, semasa pemain diganti, semasa rehat antara set dan, semasa rehat yang diminta jurulatih. Dalam artikel ini, tumpuan terhadap analisis dan mengoptimumkan perlakuan verbal jurulatih semas rehat dengan cara aplikasi satu program untuk mentor yang reflektif, dengan penekanan tertentu terhadap keutamaan informasi taktikal dan peningkatan yang berkait dalam penyediaan maklumat tentang keadaan permainan lawan.

Sebanyak 3 orang jurulatih baru yang mempunyai 2 tahun pengalaman tahap sederhana dipilih untuk menyertai kajian. Pembolehubah penentu adalah kelakuan verbal jurulatih semasa rehat dalam sesuatu pertandingan. Terdapat dua jenis informasi yang diperolehi iaitu melalui kandungan informasi yang disediakan dan fokus dalam komen jurulatih. Pengelasan tindakbalas verbal dikira berdasarkan criteria tertentu. Bentuk quasiexperimental digunakan dalam kajian ini dengan tiga tahap intervensi yang berbeza iaitu fasa A (3 sesi), fasa B (7 sesi) dan fasa A’ (2 sesi). Program intervensi dicipta untuk mempengaruhi kelakuan verbal jurulatih dan n’video tape’ bagi setiap tindakbalas verbal jurulatih dan membolehkan analisis berdasarkan tindakbalas penyeliaan.

Analisis data menggunakan program AQUAD ( Analysis of Qualitative Data Five,for Windows) yang diasaskan oleh Huber 1997. Analisis data dijalankan dengan menggunakan satu transkripsi audio yang merekod perlakuan verbal jurulatih. Ia dijalankan oleh satu kumpulan yang terdiri daripada 4 orang yang berpengatuan mengenai bola tampar melalui pengalaman mereka sendiri sebagai jurulatih ,pemain dan pelajar sains sukan. Tiga individu terlatih melakukan kod data. Kod data tersebut mencapai tahap kebolehpercayaan ‘intterrarater’ dan ‘interrater’ 80 peratus atau lebih yang memenuhi kriteria yang diiktiraf.

Keputusan menunjukkan perubahan dalam corak kelakuan verbal jurulatih semasa fasa intervensi. Kajian ini juga menunjukkan apabila tindakbalas penyeliaan dikeluarkan maka perubahan dalam kelakuan verbal jurulatih tidak dapat dikekalkan. Kelakuan verbal jurulatih dalam pertandingan menunjukkan perubahan besar semasa intervensi tindakbalas penyeliaan. Kajian ini bersamaan dengan dapatan Rodrigues 1997 yang menunjukkan tiada perkaitan antara keputusan pertandingan dan corak jurulatih dalam intervensi verbal.

Perubahan positif adalah perhatian utama bagi penilai dalam fasa intervensi asas. Penting bagi jurulatih mendapat kepakaran dalam menilai dan memahami apa sedang berlaku secara strategik semasa perlawanan. Adalah releven untuk mengira 2 faktor penting dalam membentuk kejurulatihan melalui program intervensi. Usaha perlu untuk fokus perkembangan perhatian jurulatih untuk memperbaiki kemahiran mereka mengenal pasti strategi lawan semasa perlawanan dan untuk respon dengan tindakbalas sesuai dengan kumpulan seseorang untuk menangani strategi secara efektif.

Tajuk Kajian : Adaptasi Psikologikal dan hormonal di kalangan pendayung lelaki elit semasa latihan yang berterusan

Pendahuluan:

Artikel jurnal ini adalah bertujuan untuk mengintergrasi pendekatan hormonal dan psikologikal dalam pengawasan latihan semasa tempoh persediaan bagi pendayung elit. Tujuan kedua ialah untuk memeriksa perkaitan yang mungkin antara ‘volume’ latihan, konsentrasi ‘basal hormone’ dan keadaan pemulihan stress. Catatan hormone dan pemulihan stress sepatutnya memberi refleksi variasi ‘volume’ latihan yang berlangsung dalam latihan 24 minggu bagi pendayung elit lelaki.

Metodologi:

Kajian ini dijalankan dalam bentuk eksperimen yang disertai oleh 11 pendayung lelaki elit. Mereka dikehendaki menyatakan persetujuan secara bertulis. Kesemua sample kajian mempunyai pengalaman latihan ‘endurance’ dan pernah menyertai pertandingan di peringkat nasional dan antarabangsa. Ketinggian, berat badan dan komposisi badan diukur mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Ujian keletihan yang progresif dijalankan menggunakan ergometer dayungan untuk menentukan penggunaan ‘oxigen maximal’ dan kapasiti aerobic. Sampel dibiasakan dengan penggunaan alat ini. Frekuensi kuasa dan dayungan ditunjukkan berterusan dengan paparan komputetr pada ergometer dayungan. Penggunaan oksigen dan pengeluaran karbon dioksida diukur berterusan semasa menggunakan sistem litar terbuka mudah alih (Metamax I,Cortex,German). Alat analisis ditentukan atau ditandakan sebelum ujian dengan gas tersebut. Sampel menjalani kadar kerja permulaan pada 150w dengan peningkatan 50w setiap 3 minit sehingga keletihan sukarela. Keadaan pemulihan stress pula dinilai menggunakan soal selidik pemulihan stress untuk ‘Atlet Recovery – Stress Questionnaire for Athletes (RESTQ-Sport). Analisi darah juga dilakukan ke atas sample dengan menggunakan ‘Immunolite 2000 PPC, Los Angeles USA).

Statistik:

‘Friedman Analysis of Variance by Ranks’ telah digunakan untuk memeriksa perubahan. ‘Wilcoxon Matched-pairs signed-ranks test’ iaitu ujian berpasangan Wilcoxon digunakan dimana analisis ‘post – hoc’ adalah releven. ‘Kendall raks correlation coefficients of interest’ digunakan untuk menilai perkaitan antara perbezaan ‘variables of interest’. Petunjuk statistic ditetapkan pada nilai p< 0.05.

Kesimpulan:

Kajian ini mencadangkan bahawa latihan ‘volume’ tinggi dengan intensity rendah boleh membantu adaptasi endokrin jangka masa panjang dan kapasiti simpatetik ‘mobilization’ yang lebih baik selepas latihan ‘volume’ rendah dan bersedia untuk pertandingan yang besar. Dalam kajian ini, RESTQ-index tidak berubah selama 24 minggu latihan. Ini menunjukkan ‘volume’ latihan semasa persediaan tidak memberi kesan besar kepada sumber psikologikal dalam adaptasi pendayung.. Testosteron dan ‘cartisol’ lebih sensitive kepada perubahan ‘volume’ latihan daripada pertumbuhan hormone dan keadaan pemulihan stress bagi latihan dayungan elit semasa persediaan. Peningkatan dalam konsentrasi hormone stress menunjukkan adaptasi positif kepada beban latihan semasa.

Tajuk Kajian : Peranan Adaptasi Persekitaran Untuk Kepakaran dan Kemahiran

Pendahuluan:

Artikel jurnal ini menerangkan mengenai bagaimana pakar dalam sukan membangunkan kemahiran kognitif dan strategi yang membantu proses neutralisasi dengan menghadkan kajian kepakaran dalam bidang orienteering. Dalam orienteering, pemenang ialah atlet yang paling cepat mengawal menerusi titik dalam laluan yang mencabar. Dalam kajian ini, satu penjelasan disediakan tentang bagaimana pakar menggunakan strategi yang melibatkan elemen penyesuaian fizikal dalam persekitaran domain mereka untuk mengurangkan beban kerja kognitif semasa pencapaian.

Metodologi:

Ianya terbahagi kepada tiga fasa. Fasa pertama ialah berkenaan pengenalan umum tentang projek. Fasa kedua pula bermula dengan soalan umum tentang penyusunan ‘orienteer’ dalam kelengkapan navigasi untuk meminimumkan reaksi yang dapat diramal. Manakala fasa ketiga pula, soalan yang berbentuk lebih spesifik banyak ditanya kepada ‘orienteer.’
Temuduga semi-struktur dengan 3 fasa dijalankan untuk kajian. Maklumat demografik peserta juga dikumpulkan. Pengalaman orienteer,status skuad kebangsaan, pencapaian terkini dan objektif latihan terkini juga dikumpul. Dari sudut jurulatih pula, maklumat tentang pengalaman orienteering peribadi, pengalaman melatih peserta orienteering dan kedudukan terkini dalam organisasi kebangsaan juga direkodkan. Fasa terakhir dengan meletakkan peserta dalam perbualan umum tentang orienteering dengan objektif untuk mewujudkan ‘rapport’ sebelum fasa kedua iaitu soalan umum. Fasa ketiga pula, lebih banyak soalan open-ended yang spesifik tentang bagaimana penyusunan setiap peralatan sehingga memberi kesan kepada beban kerja kognitif.

Statistik:

Semua data yang diperolehi disusun mengikut hierarki pertama (peralatan yang dipilih), kedua (cara penyusunan peralatan) dan ketiga (kesan terhadap penyusunan peralatan). Apabila kesemua data ini dianalisis, lebih banyak konsep dibina,diubahsuai dan kadangkala digabungkan atau diasingkan kepada dua konsep atau lebih.

Kesimpulan:

Kesimpulan yang diperolehi melalui kajian ini ialah, orienteer pakar akan menggunakan strategi yang melibatkan adaptasi kelengkapan navigasi untuk mengurangkan beban kerja perhatian dan kognitif semasa pertandingan orienteering diadakan. Contohnya melalui cara melipat peta, penandaan pada peta, meletakkan kad kawalan pada lengan bagi tujuan perbandingan dan prinsip kesepadanan dengan peta asal dan cara memusingkan peta.
Implikasi daripada kajian ini, kita dapati bahawa cara mengadaptasi kajian visual dalam persekitaran domain untuk tugasan yang berkait maklumat untuk menjadikan proses pencarian yang efisien. Semua jurulatih dan mereka yang terlibat dalam sukan seperti ini akan memahami bahawa elemen persekitaran domain boleh diadaptasi secara khusus.

Tajuk : Model Pemprosesan Maklumat Dalam Memori Jangka Pendek dan Memori Jangka Panjang

Masalah utama : Kefahaman atlit dalam membuat perbezaan memori jangka pendek dan memori jangka panjang tidak ditahap optimum

Pengenalan
Model pemprosesan maklumat amat penting dalam bidang pembelajaran motor. Melalui model ini, jurulatih atau guru dapat melakukan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan terhadap atlit dan pelajarnya. Apabila mengikuti model ini, jelaslah sekali bahawa ianya amat berkait rapat dengan memori jangka pendek dan memori jangka panjang. Tumpuan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah bagi mengekalkan ingatan pelajar kepada tahap yang paling maksimum iaitu ingatan jangka masa panjang. Empat Proses Utama Terlibat dalam Model Pemprosesan Maklumat.

1) Pengkodan ('Encoding')
Pengkodan ialah proses yang menentukan cara maklumat dienkod dan diletakkan dalam perakam deria, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Proses ini bermula dengan hasil pendengaran dan pemerhatian apabila sesuatu maklumat itu disampaikan oleh jurulatih ataupun guru melalui cara demonstrasi di hadapan atlit atau pelajar.

2) Penyimpanan ('Storage')
Penyimpanan pula ialah proses yang menentukan bagaimana maklumat disimpan dalam ketiga-tiga stor memori. Biasanya, proses ini berlaku selepas daripada proses pengkodan telah berlaku kepada atlit atau pelajar itu.

3) Mengingat Kembali ('Retrieval')
Mengingat kembali ialah proses yang membolehkan maklumat dikeluarkan daripada ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Proses ini berlaku setelah proses pengkodan dan proses penyimpanan telah berlaku pada sebelumnya. Keadaan mengingat kembali boleh berlaku dalam masa sejam, seminggu, sebulan, setahun malahan bertahun-tahun lamanya. Ianya bergantung kepada kekuatan seseorang itu dapat mengenkod dan menyimpan data dengan berkesan.

4) Lupaan ('forgetting')
Lupaan ialah proses yang menyebabkan maklumat 'hilang' atau sukar diingat kembali daripada ingatan jangka pendek dan ingatan panjang. Proses lupaan sering kali berlaku dalam kehidupan seseorang. Keadaan berlaku mungkin kerana data yang telah tersimpan lama tidak digunakan atau diaplikasikan sepanjang masa. Akibatnya, apabila data ini ingin dikeluarkan, ianya tidak pula dapat diingat dengan baik.




‘Working Memory’

Stor memori ini juga dikenali sebagai 'Ingatan Kerja' ('Working Memory'). Tempoh ingatan jangka pendek ialah 10-20 saat jika butir maklumat itu tidak diulang. Contoh: seorang kawan telah memberikan nombor telefon dan sementara mencari kertas untuk menulisnya kita mengulang nombor itu supaya tidak lupa. Proses ini dipanggil Ulangan Berkekalan ('Maintenance Rehearsal'). Jika kita tidak ulang nombor itu, ia akan hilang dalam masa 10-20 saat.
Komponen fungsi dalam struktur memori yang beroperasi untuk menyimpan sementara dan menggunakan info yang baru diterima. Ia juga memberikan ruang kerja sementara untuk mengintergrasikan info yang baru dengan info yang dipulihkan daripada ‘long term memory’ untuk selesaikan masalah, buat keputusan dan aktiviti persediaan tindakan.

Ingatan Jangka Pendek ('Short Term Memory')
Pemindahan ke ingatan jangka pendek berlaku apabila kita memberi perhatian kepada bahagian maklumat yang disalurkan ke ingatan jangka pendek melalui tumpuan terpilih ('selective attention'). Maklumat yang pada asalnya tidak bermakna dikenal pasti berdasarkan pola-pola yang sedia ada dan dipindah ke ingatan jangka pendek.
Kapasiti ingatan jangka pendek menurut Miller (1956) ialah 7 + 2 (7 campur-tolak 2) 'chunks' dan kemudian dicadangkan oleh Simon (1974) sebagai 5 + 2 (5 campur-tolak 2) 'chunks'. Sesuatu 'chunk' tidak mempunyai unit tertentu dan boleh merupakan satu huruf /angka, satu perkataan, satu ayat atau pun satu perenggan, tertakluk kepada kebolehan seseorang menyimpan butir maklumat dan oleh itu berbeza antara individu. Kita mencari maklumat daripada ingatan jangka pendek secara 'scanning' bersiri (satu demi satu) atau 'scanning' selari (serentak).

Ingatan Jangka Panjang ('Long Term Memory')
Satu komponen dalam struktur memori yang menyediakan gudang atau stor penyimpanan yang kekal segala maklumat. Memori jangka panjang adalah lebih kekal penyimpanan maklumatnya. William James (1980) mengatakan bahawa memori jangka panjang sebagai kesempurnaan memori. Ia adalah komponen memori yang mengandungi info tentang peristiwa lepas yang spesifik termasuk pengetahuan am tentang dunia. Ingatan Jangka Panjang masih menjadi tumpuan kebanyakkan kajian menyiasat cara maklumat dikod, disimpan, diingat kembali dan lupa. Ahli-ahli psikologi seperti Freud mencadangkan bahawa segala pengalaman kita sejak dilahir disimpan dalam ingatan jangka panjang. Ini jelas sekali apabila kita masih boleh mengingat apa yang berlaku pada hari pertama sekolah. Ini bermakna maklumat tidak hilang tetapi sukar diingat kembali. Ingatan jangka panjang sebenarnya melibatkan gelombang otak semasa sesuatu proses kemasukan maklumat itu berlaku. Bagaimana atlit dapat menyimpan memori dalam jangka masa panjang?
Seseorang atlit itu perlu memahami mengenai gelombang otak. Terdapat empat jenis gelombang otak
1. Beta (β) – gelombang otak sedar berlaku semasa jaga, menumpu perhatian, alert,
berfikir dan aktif belajar.
2. Alfa (α) – gelombang ini berlaku semasa otak relax tetapi ‘alert’, berzikir (meditation),
Berkhayal (day-dream).
3. Teta (θ) gelombang otak ini berlaku semasa awal tidur (twilight zone), dimana otak
Memproses maklumat hari itu dan terbayang sesuatu inspirasi.
4. Delta (δ) gelombang otak ini berlaku semasa tidur nyenyak (deep sleep,dreamless
Sleep).

Selain itu, atlit perlu mengetahui bahawa, persekitaran adalah sesuatu yang penting untuk pembelajaran secara optimum. Melalui persekitaran visual, sebanyak 80 hingga 90 % maklumat yang diserap oleh otak ialah dalam bentuk visual (Jensen,2000). Mata boleh menerima atau mendaftar 36,000 mesej visual sejam. Oleh itu pendekatan demonstrasi oleh guru atau jurulatih adalah satu kaedah yang sesuai dalam urusan pengukuhan proses ingatan seseorang atlit.
Seseorang atlit itu juga perlu menyedari bahawa proses ingatan sentiasa dikukuhkan melalui pembinaan sinaps yang baru. Apabila sinaps berhubungan ia menjadi lebih kompleks seumpama hutan rimba. Jalinan atau rangkaian neurons ini dibentuk hasil pengalaman yang dialami oleh pelajar. Perhubungan antara sel neuron membina struktur pemahaman (skema). Skema ini sentiasa berubah kerana sifat ‘plasticity’ otak kita. Apabila kukuh ia menjadi ingatan iaitu memori.

Kepentingan pendekatan pemprosesan maklumat bagi menentukan tindakan dalam aktiviti sukan
Dalam aktiviti sukan, setiap pergerakkan didorong oleh persoalan tentang apa yang akan dilakukan dalam keadaan tertentu dan seterusnya menjurus kepada keputusan yang perlu dibuat. Keputusan ini perlu dibuat segera. Pengumpulan maklumat prestasi sukan pada peringkat awal melibatkan tiga proses penting, iaitu mengenal pasti rangsangan, memilih tindakan dan memprogramkan tindakan.

1. Mengenal pasti rangsangan
Pada peringkat ini, berbagai-bagai deria iaitu penglihatan, pendengaran, bau, sentuhan dan kinestesis digunakan untuk mengesan sesuatu rangsangan. Rangsangan ini akan wujud dalam keadaan pelbagai dimensi seperti bentuk (bulat, bujur), arah dan kelajuan (static atau bergerak. Contohnya seorang pemain hoki ingin menahan bola hoki. Dia akan melihat dari mana arah bola hoki itu dating, anggaran kelajuan.

2. Memilih tindakan
Selepas menerima maklumat, pemain hoki itu akan menilai dan membuat keputusan untuk bertindak. Kepantasan pergerakan pemain menahan bola hoki adalah bergantung kepada maklumat yang diterima olehnya.

3. Memprogramkan tindakan.
Selepas menerima rangsanagn itu, satu program tindakan akan diwujudkan. Pemain hoki mungkin merendahkan badanya untuk mencari kesesuaian untuk menahan bola hoki yang yang bergerak berdasarkan kelajuan, ketinggian dan kedudukan bola hoki itu. Program ini membolehkan otot dikerah dan digerakan mengikut urutan bagi menghasilkan tindakan yang diingini.


Pengkodan Maklumat dalam Ingatan Jangka Panjang
(Encoding Information in Long Term Memory)
Apakah yang dimaksudkan dengan 'pengkodan'? Pengkodan ialah proses memori yang melibatkan transformasi (pembentukan) maklumat untuk diingat kepada bentuk yang boleh disimpan dalam memori. Pengkodan ialah cara maklumat dikenal pasti, dikod dan diletakkan dalam memori. Mula-mula maklumat di kenal pasti dan kemudian dikod. Pelbagai eksperimen telah dijalankan untuk mengkaji bagaimana manusia mengkod maklumat yang diterima. Salah satu sebab lupaan berlaku ialah kerana maklumat itu tidak dikod dengan baik atau berkesan. Walau pun maklumat itu berada diingatan jangka pendek, selagi kita tidak melakukan sesuatu seperti pengulangan elaborasi ('elaborative rehearsal'), maklumat itu tidak akan dipindahkan ke ingatan jangka panjang.
Kajian-kajian menunjukkan bahawa individu yang mengkod maklumat pada peringkat MAKSUD ('meaning level') berjaya memindahkan maklumat itu ke ingatan jangka panjang dengan lebih berkesan dan seterusnya membantu proses mengingat kembali maklumat berkenaan. Ini terbukti dengan eksperimen yang dijalankan oleh Craik & Lockhart pada 1972.

Prinsip penentuan pengkodan (encoding)
Prinsip memori yang menunjukan perkaitan rapat antara encoding dan proses pemulihan memori yang menetapkan bahawa pencapaian dalam ujian memori secara tidak langsung berkait dengan jumlah persamaan antara praktis dan konteks ujian. Contohnya, lebih banyak persamaan, lebih baik pencapaian dalam ujian tersebut.
Penyimpanan (atau 'Perwakilan') Pengetahuan dalam Ingatan Jangka Panjang
(Storage or 'Representation' of Knowledge in Long Term Memory)
Maklumat yang kita simpan atau mewakili dalam ingatan jangka panjang boleh merupakan pengalaman beberapa minit yang lampau atau pengalaman berpuluh tahun yang lampau (seperti memori kita semasa kita kanak-kanak lagi). Berdasarkan apa diketahui pada masa kini, maklumat disimpan dalam Ingatan Jangka Panjang terbahagi kepada 3 bentuk utama:
1) Pengetahuan Deklaratif
a) Memori Semantik
b) Memori Episodik.
2) Pengetahuan Prosedural
3) Imageri

Pengetahuan Deklaratif ialah semua maklumat yang terdiri daripada fakta, konsep, prinsip, teori, hukum yang dipanggil Memori Semantik, manakala segala peristiwa yang telah berlaku kepada diri kita dipanggil Memori Episodik.
Contoh:
Memori semantik
ü Ciri-ciri hari akan hujan dan tidak sesuai untuk meneruskan permainan
Memori episodic
ü Saya tercedera semasa bermain hoki semalam
Collins & Quillian (1969) mencadangkan Model TLC yang menerangkan bagaimana manusia menyimpan atau mewakili maklumat dalam ingatan jangka panjang. Model ini mencadangkan bahawa kita menyimpan maklumat sebagai suatu hiraki yang berjaringan ('network hierarchy structure'). Maklumat yang disimpan berdekatan lebih cepat diingat kembali berbanding dengan maklumat yang terletak jauh.

Pengetahuan Prosedural ialah semua maklumat berkenaan cara, kaedah atau prosedur melakukan sesuatu. Contoh: Saya tahu menukarkan mentol yang terbakar.

Imageri ialah perwakilan abstrak dalam ingatan jangka panjang mengenai sesuatu objek atau peristiwa. Berapakah bilangan bola yang ada dalam simpanan? Secara tidak langsung seseorang itu akan cuba membayangkan dirinya berada di stor peralatan sukan dan melihat kea rah bola tersebut. Ini bermakna kita mempunyai imej mental ('mental image') keadaan stor sukan yang disimpan dalam ingatan jangka panjang.

Mengingat Kembali
Apabila kita cuba mengingat kembali maklumat yang disimpan dalam ingatan jangka panjang, beberapa perkara berlaku seperti kita ‘menambahkan maklumat’ dan ‘kita meninggalkan maklumat.’ Terdapat 3 fenomena yang mendorong kita berbuat demikian:
1) Inferens
Contohnya, seseorang penjaga gol cedera di kepala semasa perlawanan bola sepak. Dalam pada masa yang sama tidak pula dinyatakan bagaimana kepala penjaga itu boleh tercedera. Mungkin terkena kaki pemain lawan, mungkin juga terhantuk pada tiang gol atau sebagainya.

2) Stereotaip
Stereotaip ialah butir maklumat / pengetahuan berkenaan ciri-ciri personaliti atau atribut fizikal yang kita andaikan sebagai benar bagi suatu kumpulan orang. Bermaksud kita hanya mengandaikan sahaja mengenai orang itu.

3) Skema
Skema ialah struktur kognitif dalam ingatan jangka panjang yang merupakan perwakilan abstrak mengenai sesuatu objek, perkara atau peristiwa yang kita telah mengalami dalam dunia sebenar.

Lupaan
Lupaan ialah kegagalan mengingat kembali sesuatu butir maklumat dengan tepat. Tiga teori diutarakan bagi menerangkan lupaan.

1) Teori Reputan ('Decay Theory')
Maklumat menjadi pudar atau reput disebabkan oleh masa.

2) Teori Ingat Kembali ('Retrieval Theory')
Maklumat itu ada terdapat tetapi tidak dapat dicari kerana kiu ('cue') yang sesuai tidak ada untuk mengeluarkan maklumat itu.

3) Teori Gangguan ('Interference Theory')
Maklumat lain menggangu maklumat yang hendak diingat

a) Gangguan Proaktif ('Proactive Interference')
Kumpulan Belajar Belajar Ujian
A S-T S-U S-U
B --- S-U S-U
Kumpulan B mengingat lebih banyak maklumat daripada Kumpulan A kerana maklumat lama (S-T) menggangu mengingat kembali maklumat baru (S-U)

b) Gangguan Retroaktif ('Retroaktif Interference')
Kumpulan Belajar Belajar Ujian
A S-T S-U S-T
B S-T ---- S-T
Kumpulan B mengingat lebih banyak maklumat daripada Kumpulan A kerana maklumat baru (S-U) menggangu mengingat kembali maklumat lama (S-T).









Rujukan

Aminah Ayob (2006). Pembelajaran Berasaskan Minda dan Implikasinya Kepada Pendidikan. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak, Malaysia
Mahmood Nazar Mohamed (1992) Pengantar Psikologi, Dewan Bahasa da Pustaka, Kuala Lumpur, Malaysia
Richard A.Magill (2003). Motor Learning and Control concepts and applications (7th edition) Louisiana State University USA.
Wee Eng Hoe (2003). Buku Siri Sains Sukan. Karisma Publication Sdn.Bhd, Shah Alam, Selangor, Malaysia.



























4 proses utama Model Pemprosesan Maklumat

Pengkodan

Penyimpanan

ü Pengetahuan deklaratif
- Memori semantic (fakta, konsep)

- Memori episodic (peristiwa)

ü Pengetahuan procedural

ü Imageri

Mengingat kembali

ü Inferens

ü Stereotaip

ü Skema

Lupaan

ü Teori reputan (Decay Theory)

ü Teori ingat kembali (retrieval theory)

ü Teori gangguan (interference)

- gangguan proaktif

- gangguan retroaktif


Working memory

Short term memory

Long term memory

Kepentingan pendekatan pemprosesan maklumat bagi menentukan tindakan dalam aktiviti sukan

Jumaat, 28 Ogos 2009

Sukan dan Solat 5 waktu

Semua ilmu yang diaplikasikan dalam senaman dan sukan, sememangnya sudah dilaksanakan dalam ibadah seharian kita.
Dirikan solat 5 waktu. Unsur ketenangan, fokus, gerakan, boleh rasai sehingga melahirkan kekuatan baru.
Lihat keindahan fajar di waktu pagi. Rasai kedinginan dikala itu. cukup hebat kesannya.

Hati dan Amal

Dari Abu Hurairah r.a.katanya, Rasulullah saw.bersabda:
"Sesunggunhya Allah tidak melihat kepada rupa dan hartamu, tetapi Allah melihat kepada hati dan amalmu."