Create your own banner at mybannermaker.com!

Sukan Agen Penyatuan

1. Meletakkan kecemerlangan ilmu pengetahuan sebagai aspek utama dalam diri setiap individu.
2. Menambahkan peluang dan ruang untuk pendidikan, kerjaya, dan peningkatan taraf hidup.
3. Menunjukkan daya saing yang sihat dengan minda Kelas Pertama.
4. Pengisian rohani dan keseimbangan kehidupan bermasyarakat

'Penyokong Setia' telah menggantikan 'Penyokong Fanatik' di semua media tempatan. Dewasakan pemikiran dengan ilmu.

Jumaat, 27 November 2009

Aspek Penilaian Dalam Sukan



Terdapat 3 Aspek Penilaian Dalam Sukan

1. Psikomotor
i. Kecergasan Fizikal
ii. Kemahiran Motor

2. Kognitif
i. Bertulis
ii. Lisan

3. Afektif
i. Kertas dan pensil
ii. Lukisan Muka kartun Berperasaan

Setiap Komponen Kecergasan Ini Boleh Dinilai dan Diukur Melalui Ujian-Ujian Tertentu.

1. Daya Tahan Kardiovaskular
2. Daya Tahan Otot
3. Kekuatan Otot
4. Kelenturan
5. Komposisi badan
6. Kelajuan
7. Imbangan
8. Ketangkasan
9. Kuasa
10.Masa Bertindakbalas
11.Koordinasi

Kesemuanya ini adalah asas kepada pemilihan seseorang atlit sukan daripada peringkat asas sehingga ke peringkat amatur.

Sabtu, 21 November 2009

Darah Manusia

Kebanyakkan manusia mempunyai lebih kurang 5 liter darah. Isipadu sebenar adalah bergantung kepada faktor umur,seks, bangsa,ketinggian, berat tubuh dan diet. Terdapat 4 kandungan utama dalam darah iaitu, sel darah merah, sel darah putih, platelet yang mana jumlah kesemuanya sebanyak 45% dan plasma sebanyak 55%.
Manusia dewasa mempunyai sebanyak 30 trilion (30X10 kuasa 12) sel darah merah, 7500 sel darah putih dan 300 000 platelet.
Sistem pengaliran darah terdiri daripada jantung dan salur darah (arteri dan vena) yang mengalirkan darah ke seluruh bahagian tubuh kecuali rambut, kuku dan kornea mata. Arteri adalah salur darah yang membawa darah beroksigen dari jantung ke tisu, manakala vena pula membawa darah berkarbon dioksida dari tisu ke jantung.
Darah dan sistem edaran darah boleh mengalami pelbagai penyakit. Salah satu daripada penyakit itu ialah salur darah menebal yang boleh membawa kepada serangan penyakit jantung. Jika sel darah putih meningkat dari 6,000 - 8,000 pada keadaan normal ke 100,000 atau lebih bagi setiap milimeter darah akan membawa kepada penyakit leukimia. Penyakit anemia pula terjadi apabila bilangan sl darah merah atau hemoglobin darah berkurangan. Jika sel darah meningkat ia dipanggil pula sebagai polisitemia.

Jumaat, 20 November 2009

Tekanan

Hans Selye (1956) mengatakan bahawa tekanan ialah satu tindak balas dan reaksi yang tidak spesifik tubuh badan seseorang terhadap sebarang rangsangan atau permintaan. Ini bermakna sesuatu unsur suasana yang mengganggu seperti persekitaran, bunyi dan rimas itu boleh mempengaruhi pemikiran atlit dan fungsi badan mereka. Bebanan boleh wujud di dalam bentuk ancaman, cabaran ataupun apa-apa perubahan di dalam hidup seseorang yang memerlukan pengubahsuaian yang selari dengannya. Ada tekanan perasaan yang baik lagi positif dan ianya dinamakan sebagai ‘eustress’ dan ada pula negatif yang dikenali sebagai ‘distress.’ Tekanan yang positif amat kita perlukan di dalam hidup untuk menjadikan kita lebih berhati-hati, terangsang, kreatif dan lebih memberikan tumpuan kepada apa yang sedang dilakukan.

Kebimbangan (Anxiety)


Menurut Kamus Dewan (2002), kebimbangan adalah perasaan cemas dan gelisah. Reber (1995), di dalam kamus psikologinya pula mengatakan kebimbangan adalah keadaan emosi yang tidak selesa di dalam bentuk bimbang, gelisah, tegang dan keresahan. Freud (1977) merupakan orang pertama yang mula-mula menerangkan kebimbangan secara sainstifik. Kebimbangan menurut beliau ialah keadaan yang boleh dirasai atau keadaan afektif yang tidak menyenangkan. Baginya, kebimbangan tersebut perlu dilihat sama ada berbentuk objektif atau neurotik. (Nur’Ashikin, 2006)

Setiap manusia inginkan kebahagiaan hidup. Namun gangguan-gangguan emosi seperti perasaan bimbang, takut, sedih, benci, cemburu, marah, malu dan sebagainya akan mengganggu kebahagiaan ini. Emosi yang tidak stabil akhirnya akan menjadikan manusia itu gelisah, tertekan, lalu tidak dapat berfikir dan bertindak secara rasional. Ini akan menyebabkan seseorang itu tidak dapat memberi tumpuan dan tidak boleh melakukan kerja dengan baik, sukar tidur, kurang selera makan sehingga menjejaskan produktiviti individu itu sendiri, institusi atau tempat bekerja dan seterusnya produk negara. Kegelisahan atlit dapat dilihat berdasarkan ekspresi wajah, tingkah laku ataupun kecenderungan gaya berfikir. (Mohamed Alfian Harris B. Omar,2007)

Khamis, 19 November 2009

Ibu bapa Jurulatih Pertama


"Sesungguhnya cara yang digunakan untuk melatih kana-kanak merupakan hal yang paling penting dan utama. Kanak-kanak merupakan amanah dan tanggungjawab di tangan orang tuanya, jiwanya yang suci murni merupakan permata dan gambaran dan bersahaja dan bebas dari ukiran dan gambaran dan ia bisa menerima setiap ukiran dan cenderung kepada apa yang dicenderungkan kepadanya..."
Pendapat Imam Ghazali (129H)

Ibu dan bapa yang sedar akan kepentingan kesihatan, pasti menggerakkan minat anaknya bagi memenuhi tujuan itu. Kehidupan yang cergas dengan mengamalkan senaman, makanan seimbang dan tingkahlaku yang berdisiplin boleh menyumbang kepada kejayaan seseorang anak dalam apa jua aktiviti dan pertandingan yang disertai.

Asuhan Ibu
Kanak-kanak sentiasa bersama ibunya dan menerima asuhan dan kemesraan daripadanya maka si anak itu membentuk satu rasa selamat dan belajar memberi kemesraannya sendiri.

Asuhan bapa
Menjadi contoh tingkah laku kepada anak lelaki dan mempengaruhi anak perempuan dalam pergaulan mereka dengan lawan jantina melalui sikap dan layanan yang diterima daripada bapa mereka.

Demam Yang Dialami - Bagaimana?


Penghasilan haba yang melebihi kehilangan haba dalam tubuh badan manusia akan menyebabkan suhu badan meningkat sehingga melebihi 37 darjah celcius yang juga dikenali sebagai demam (pyrexia). Faktor yang menyebabkan demam adalah kerana kehadiran toksin bakteria atau virus.
Tindakan sel fagosit ke atas toksin-toksin bakteria menghasilkan satu bahan disebut pirogen endogenus yang kemudian bertindak ke atas pusat termolitik di hipotalamus anterior.
Prostaglandin yang dibebaskan setempat selanjutnya mengganggu titik tetap suhu badan di hipotalamus dan menghasilkan demam. Ubat seperti aspirin dapat mengurangkan suhu badan semasa demam. Keadaan ini adalah disebabkan perencatan sintesis serta pembebasan prostaglandin.

Sabtu, 14 November 2009

Mengapa Sukan Penting


Mermartabatkan nama Malaysia di persada dunia.
Sebagai trend dan ikon generasi muda.
Menyatukan dan membangkitkan semangat patriotisme kepada negara.
Melahirkan masyarakat cergas dan mengamalkan budaya sihat.
Memberi ruang dan peluang punca pendapatan dan perniagaan.
Pengimportan dan pengekspotan pemain,pakar dan usahasama di negara berlainan.
Sebagai karier dan personaliti.
Satu mekanisme pendidikan dan penyuburan budaya ilmu.
Pengamalan pemakanan seimbang dan berkhasiat.

Sah Malaysia Mara 'Final'

Wow, hebat Malaysia. Menang 3-0 dengan negara China. Skuad Negara akan bertemu New Zealand dalam perlawanan akhir. Ternyata jurulatih New Zealand yang sebelum ini lebih mengharapkan China mara ke akhir, terpaksa membuat percongakan baru untuk berhadapan dengan Malaysia yang dibimbangi boleh merosakkan reputasi mereka yang menang dalam semua perlawanan peringkat kumpulan. Sekali lagi, penulis optimis untuk Malaysia bergelar juara walaupun beraksi di depan penyokong pasukan tuan rumah.

Memang Wajar Kontraktor Utama di Pertanggungjawabkan


Kos penyelenggaraan dan baik pulih stadium Sultan Mizan Kuala Terengganu akan ditanggung sepenuhnya oleh kontraktor utama. Runtuhan bumbung stadium ini telah memalukan rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Secara tidak langsung wang rakyat dapat dijimatkan dan tidak perlu dibelanjakan lagi semata-mata untuk membaiki kerosakan yang disebabkan kesilapan pihak kontraktor. Mana-mana fasiliti atau kemudahan sukan yang ingin dibina, perlu dipantau pembinaannya dan tidak hanya cantik di atas kertas semata-mata. Kekuatan dan keteguhan binaan amat perlu bagi menjamin keselamatan penonton. Stadium-stadium lama di seluruh negara juga perlu diperiksa dari masa ke semasa. Jangan terjadi sesuatu peristiwa, baru pihak tertentu sibuk menyalahkan antara satu sama lain.

Jumaat, 13 November 2009

KESIHATAN MENTAL

Kesihatan mental berkait rapat dengan kehidupan kita. Orang ramai sering mengaitkan kesihatan mental dengan penyakit mentalm tetapi kenyataan ini adalah kurang tepat.
Ia melibatkan kehidupan harian yang merangkumi:
• Memupuk perasaan, fikiran dan tingkahlaku yang positif dalam diri sendiri.
• Kemampuan untuk berinteraksi secara sihat dengan orang lain, kumpulan dan
persekitarannya.
• Bagaimana seseorang itu mengendalikan tanggungjawab, masalah dan tekanan
yang timbul dari kehidupan harian.

Ciri-ciri kesihatan mental yang positif
Terhadap diri sendiri
• Menyedari kelemahan dan kekuatan diri sendiri.
• Berupaya mengawal perasaan.
• Sanggup menerima kegagalan.
• Mampu menghindari kegiatan yang tidak bermoral.
• Menghargai diri sendiri.
Terhadap orang lain
• Mampu berkomunikasi secara berkesan dengan orang lain.
• Mampu memberi dan menerima kasih sayang.
• Tahu menghargai dan mempercayai orang lain.
• Dapat menerima pendapat orang lain secara terbuka.
Terhadap cabaran
• Berupaya menghadapi dan menyelesaikan masalah.
• Mampu mengatasi konflik dengan bijak.
• Mampu membuat keputusan untuk diri sendiri.
• Bersedia mendapatkan pertolongan sekiranya gagal menyelesaikan masalah
harian

10 Langkah Ke Arah Kesihatan Mental Yang Positif
• Menerima kenyataan diri secara realistik.
• Mengendali masa dengan baik (time management)
• Merancang perubahan dalam kehidupan secara bijak.
• Memupuk hubungan harmoni dan kasih sayang dengan ahli keluarga dan orang lain
• Menjaga kesihatan fizikal.
• Menyediakan masa untuk aktiviti fizikal dan riadah.
• Memastikan rehat dan tidur yang cukup.
• Mengendalikan tekanan mental secara berkesan.
• Mengamalkan asas-asas kerohanian yang baik.
• Berkongsi masalah dengan orang lain dan mendapat pertolongan profesional
sekiranya perlu.

Akibat Kesihatan Mental Yang Diabaikan Seseorang Itu Mungkin Mengalami:
• Perasaan rendah diri.
• Tekanan dalam hidup.
• Pertelingkahan dan keruntuhan rumahtangga / keluarga.
• Kecenderungan melakukan kegiatan tidak bermoral (minum arak, bohsia,
penyalahgunaan najis dadah, sumbang muhrim dan perzinaan)
• Suasana tempat kerja yang tidak menyenangkan.
• Kecenderungan menggunakan keganasan untuk menyelesaikan masalah (penderaan
kanak-kanak / pasangan, buli jalanraya, buli sekolah)
• Peningkatan risiko penyakit mental.

Khamis, 12 November 2009

Kegembiraan Skuad Rusa

Durian runtuh buat Skuad Rusa selaku juara Piala Malaysia. Angka RM200,000.00 bukan sedikit. RM100,000.00 sudah berada dalam genggaman bila mereka layak ke pentas akhir. Bersyukur di atas pemberian itu. Itulah imbuhan bilamana mereka bergelar juara Piala Malaysia. Mereka berhak mendapatnya di atas usaha gigih dan kecekalan mereka ketika berdepan dengan lautan penyokong 'The Red Warriors.' Walaupun pada peringkat awal tidak banyak pihak yang berani mengatakan mereka akan menang, tetapi akhirnya merekalah 'Juara 2009.'Syabas kepada semua pemain Negeri Sembilan. Semangat mereka ini selayaknya diresapi kepada semua pemain skuad kebangsaan negara. Kembalikan kegemilangan bola sepak negara. Hidupkan 'super mokh' sebagaimana era 60 an dan 70an.

Rabu, 11 November 2009

Syabas dan Terima Kasih FAM


Denda yang dinyatakan oleh pihak Stadium Bukit Jalil kepada FAM adalah sebanyak RM 214,000. Melalui keputusan Jawatankuasa Tatatertib FAM 11 November 2009, KAFA hanya dikenakan hukuman denda sebanyak RM 50,000 dengan 3 pertuduhan dan selebihnya FAM menanggung kerugian tersebut sebanyak 138,000.00. Datuk Taufik Razak selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM menjelaskannya melalui sidang media. Penulis sebelum ini pernah mengutarakan mengenai isu ini. Keputusan inilah yang dilihat sebagai perkiraan terbaik demi kemajuan masa depan bola sepak negara. Kita perlu melihat jauh ke hadapan dan tidak hanya kerana kesempitan dalam keadaan sekarang, kita senang dan gembira bila menjatuhkan sesuatu hukuman terhadap sesuatu pihak. Dalam konteks ini, KAFA berhempas pulas bekerja dan berusaha untuk mengembalikan martabat sukan bola sepak negara melalui pencapaian pasukan negeri Kelantan. Kutipan tiket ke stadium bukan sedikit malahan seperti serangan histeria, penonton ingin mendapatkan tiket. Adakah ini satu tanda sokongan atau bukan sokongan terhadap perkembangan bola sepak Malaysia itu sendiri? Isu keganasan yang dilakukan oleh segelintir penonton pula perlu dilihat dalam konteks berbeza.

Tuntutan Ganti Rugi RM214,000 Kepada FAM


Hakikat yang harus diterima oleh pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Bagi menampung semula kantung yang bakal hilang, sudah tentu FAM tidak melepaskan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) begitu sahaja. Inilah situasi badan sukan di Malaysia. Masing-masing memerlukan antara satu sama lain dan pada masa yang sama menghentam sesama sendiri. Penonton yang datang ke stadium, tidak kira penyokong pasukan mana sekalipun mereka adalah rakyat Malaysia. Perbuatan vandalisme tidak hanya berlaku kepada penyokong pasukan Kelantan sahaja malah turut berlaku di negeri lain juga. Badan sukan perlu bersikap seperti ibu dan bapa yang memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang tinggi untuk membentuk seorang anak yang bersifat mulia. Setiap anak perlu dinilai dan diperhatikan kerana perwatakan mereka adalah berbeza antara satu dengan yang lain. Oleh itu carilah penyelesaian yang tepat. Kongsilah kerugian ini secara bersama antara FAM dan KAFA. KAFA tidak sesekali meminta penyokong liar ini bertindak sebegitu malah tidak menjangkakannya sekalipun. Apabila kantung masing-masing tidak surut sepenuhnya, gunakanlah lebihan kewangan itu untuk pembangunan kesedaran di kalangan penyokong sukan di peringkat negeri dan Malaysia amnya. Apa salahnya berkongsi. Suka duka dirasai bersama.

Kelayakan Hoki Piala Dunia 2010

Segalanya tidak menjadi. Menang dengan Wales 2-1 tetapi dihukum pula kekalahan kepada New Zealand 4-2. Menghuni kedudukan ketiga untuk meneruskan sisa baki dua perlawanan dengan Scotland dan China. Sentuhan ajaib begitu ditagih kerana seharusnya Malaysia perlu memenangi kedua-dua perlawanan tersebut.
Sebelum skuad hoki negara berlepas ke Invercargill New Zealand, kita sedia maklum mengenai barisan pemain yang disenaraikan secara gantian kepada beberapa pemain yang menarik diri. Keadaan demikian tidak sepatutnya berlaku menjelang kejohanan yang besar seperti ini. Walau bagaimnapun penulis masih bersikap optimis untuk Malaysia terus layak walau dalam situasi sukar seperti ini.

Selasa, 10 November 2009

Situasi Sebenar Di Stadium Bukit Jalil 7 Nov 09 : Luahan Rasa Penyokong Kelantan


Berikut adalah email yang disampaikan oleh rakan penulis blog iaitu En.Hazlisham Md Rafee dari Machang,Kelantan.

..............................................................................

Pandangan seorang penulis

APA SEBENARNYA BERLAKU DISEBALIK KEJADIAN KEGANASAN PENONTON DI STADIUM BUKIT JALIL

AMPANG, November 09, 2009 — Tahniah diucapkan kepada Pasukan Negeri Sembilan kerana menjuarai Piala Malaysia edisi yang ke 84 pada 7hb November 2009. Saya sebagai pemerhati bolasepak ingin memberi komen terhadap kejadian yang berlaku di Stadium Bukit Jalil pada hari tersebut.

Saya berada disekitar stadium seawal pukul 11 pagi kerana ingin melihat sendiri kemeriahan suasana sebelum pertandingan. Apa yang dilihat, pihak FAM, Pengurusan Stadium dan Polis yang dari awal mengetahui tiket sudah terjual 85,000 keping tidak mengambil kira kedatangan penonton yang datang dari jauh. Penonton yang kebanyakan nya datang dengan keluarga, ada yang membawa anak kecil. Selain daripada khemah untuk gerai yang menjual jersi dan cenderamata, tiada khemah atau tempat yang tertutup lain di luar stadium disediakan untuk penonton berteduh. Semua sudah maklum yang tiap-tiap petang hujan lebat akan berlaku di Lembah Kelang.

Suasana yang tenang pada mula nya telah bertukar menjadi sedikit tegang apabila petir dan kilat sabung menyabung tepat jam 3.30 petang. Penonton yang tiada tempat yang hendak dituju terpaksa berasak-asak kearah pintu masuk stadium dengan harapan pintu dibuka segera. Tiada tujuan lain selain untuk berteduh daripada hujan lebat. Pihak polis dan pengurusan stadium macam buat tak Nampak saja apa yang berlaku diluar sana . Padahal anak-anak kecil terpaksa berasak-asak ditengah-tengah lautan manusia. Hujan turun selebat-lebatnya pada jam 4.00 petang. Semua berada didalam risiko disambar petir atau pun lemas dipijak. Semua pihak yang tengok dari dalam stadium hanya memandang sinis hanya kerana mereka tersebut adalah penonton Kelantan yang sememangnya dianak tiri dalam segala hal.

Pada pukul 4.30 petang suasana tidak berubah, hujan makin lebat, penonton tiada pilihan selain menggoncang dan merempuh pagar. Pagar yang dirempuh akhirnya terbuka dan seramai kira-kira 5000 penonton bolos. Pada ketika itu, hanya ada 3 orang polis yang bertugas. Tidak seperti yang digembar-gembur kan dalam berita TV dan Radio sehari sebelum nya yang kira-kira 1500 polis akan bertugas. Disitulah “turning point” kesilapan terbesar yang berlaku, penonton yang masuk tanpa diperiksa oleh pihak pengurusan stadium, FAM, polis dan rela, membawa segala-galanya.

Suka saya bertanya, siapa yang salah dalam hal ni dan siapa yang menjadi tuan rumah didalam perlawanan akhir ini?

Pintu akhir nya berjaya ditutup kembali oleh pihak polis pada pukul 5.00 petang. Mulai daripada pukul 5.00 petang baru lah penonton yang berada diluar dibenarkan masuk melalui “official gate”. Tetapi apa yang menyedihkan, beg-beg tidak diperiksa. Ini tidak seperti Perlawanan Akhir Piala FA tempohari di mana beg-beg diperiksa dengan begitu rapi, air mineral berbotol tidak dibenarkan masuk. Tapi pada malam tersebut, bukan setakat tidak memeriksa botol air mineral, beg dan mercun, malah air mineral dijual terbuka di dalam stadium.

Tindakan pro-aktif dari pihak FAM dan Pengurusan Stadium Bukit Jalil perlu, berdasarkan pengalaman yang lepas semasa Pertandingan Akhir Piala FA dimana ianya juga membabitkan Pasukan Kelantan. Atau pihak FAM menunggu perkara ini berlaku dan akan menuding jari serta-merta kepada pihak KAFA.

Apa salahnya “official gate” dibuka seawal jam 3.00 petang untuk mengelakkan kejadian buruk berlaku. Bayangkan 85,000 manusia berada diluar stadium, dan pihak pengurusan Stadium bercadang membuka “official gate” pada pukul 5.30 petang. Kalau lah “official gate” dibuka seawall jam 3.00 petang maka ia memberi ketenangan kepada semua pihak yang terlibat. Pihak polis dan Rela akan mempunyai masa yang cukup untuk memeriksa penonton secara teliti dan ini akan mengelakkan kejadian membawa masuk mercun dan botol air.

Apa yang dilihat, pada pukul 8.45 malam di mana perlawanan sudah hendak bermula, beribu-ribu lagi penonton masih berbaris diluar. Di dalam hati setiap penonton yang berbaris tersimpan “eagerness” yang tinggi untuk menonton perlawanan tersebut. Ini menimbulkan “creating un-necessary tension” terhadap penonton yang masih berada diluar dikala wisel perlawanan dibunyikan. Kenapa perkara ini tiada langsung dibenak mereka-meraka yang bertanggungjawab menguruskan perlawanan ini.

Apabila penonton yang bolos akibat dari rempuhan pintu pagar tadi sudah berselerak di dalam stadium, apa lagi yang boleh dibuat oleh pihak pengurusan stadium, FAM dan polis. Mereka hanya menunggu untuk menyalahkan pihak lain.

Pihak yang selalu disalahkan ialah KAFA.

Kejadian ini adalah 100% diluar kawalan KAFA. Pihak KAFA tidak boleh dipersalahkan kerana mereka bukan yang menguruskan stadium dan mereka juga bukan tuan rumah.

Memang semua pihak yang hadir termasuk saya sendiri tidak selesa dengan dentuman mercun yang tiada henti dari permulaan sehingga akhir perlawanan. “Semacam berada di Baghdad ” kata pengulas sukan Zainal Abidin Rawop. Tetapi apakan daya, bak kata pepatah, membenteras lebih baik dari mengubatinya.

Sekarang, tiada pilihan lain, selain menyalahkan 100% kejadian ini kepada KAFA. Mereka akan didenda tidak kurang dari RM100,000, atau bermain stadium yang kosong atau tidak dibenarkan langsung dari menyertai MSL musim depan.

Apabila dilihat dari sudut yang berbeza, “contribution” oleh penonton Kelantan dari segi kutipan tiket, kalau mengambil kira jumlah penonton 65,000 orang, RM 1,300,000 telah berjaya dikutip pada malam tersebut. Tidak termasuk penonton Kelantan yang membeli tiket yang dikhaskan kepada penyokong Negri Sembilan, dan tidak termasuk “consequences cost” seperti jualan jersi, cenderamata, makanan dan minuman pada hari tersebut.

Penyokong Kelantan dan KAFA adalah pihak yang kalah dalam segala hal, walaupun kejadian ini boleh dibendung oleh pihak berwajib.

Saya sebagai pemerhati sukan ingin memberi gambaran tindakan yang diambil oleh FAM terhadap KAFA sentiasa berat sebelah. Contohnya kejadian membakar trak polis di luar perkarangan Stadium Kota Bharu, yang tiada kena mengena dengan penonton, pihak KAFA juga disalahkan. KAFA didenda lebih RM100,000 dan tidak dibenarkan beraksi di stadium tersebut untuk beberapa perlawanan. Kerugian setiap perlawanan semasa beraksi di Kuala Lumpur juga ditanggung oleh KAFA. Berbanding kejadian penonton masuk ke padang dan ingin menumbuk pengadil di Stadium Ismail Nasirudin Shah di Kuala Terengganu, pihak PBNT hanya didenda RM 5,000 sahaja. Kejadian lontar mercun terhadap pemain Selangor (T. Surendran) ketika merai kan jaringan oleh peminat Terengganu, PBNT hanya didenda RM 6,000 sahaja. Tahap keselamatan pagar stadium tersebut juga tidak melepasi tahap FAM, serta kualiti padang yang teruk seperti yang dikomen oleh jurulatih mereka sendiri (Ken Worden) dan Peter Butler, tetapi pihak FAM masih membenarkan perlawanan diadakan di Stadium tersebut. Kalau lah perkara ini berlaku di Kota Bharu, tindakan berlainan akan dilakukan. Kenapa tidak disuruh pasukan Terengganu beraksi di Kuantan yang mempunyai Stadium bertaraf antarabangsa?

Kenapa FAM berdiam diri semasa kejadian memecah cermin kereta dan bas penyokong Kelantan di Perlis?

Kenapa FAM berdiam diri apabila pemain Kelantan (Farisham) yang menunggu rawatan ditepi padang tercedera dibaling mercun di kepala oleh penonton Perlis ketika perlawanan separuh akhir tersebut, dimana ianya berlaku terang-terangan di saluran TV1 yang dipancarkan diseluruh Malaysia?

Kenapa “in-consistency” berlaku?

Dilihat terdapat keputusan yang “bias” dan bertindak hanya untuk “pleased” kan pihak atasan sahaja. Kelemahan sendiri ditutup rapi.

Harus diingat, fenomena bolasepak Malaysia kini kembali diwarnai kerana “turning point” yang dilakukan oleh pihak pengurusan KAFA yang menguruskan secara professional ala EPL dan sokongan peminat-peminat bolasepak Kelantan. Sehinggakan pihak pengurusan Tentera dan KL Plus juga berterima kasih kepada Kelantan kerana peningkatan hasil “gate collection” mereka semasa bertemu Kelantan di Stadium Selayang dan Cheras.

Saya berharap pihak FAM membuat pertimbangan yang sewajarnya dan mengkaji dari segenap sudut sebelum menjatuhkan apa-apa hukuman terhadap KAFA.

Sekian, terima kasih.

Ir. Azizan Razak, Jurutera Professional,

..............................................................................

Komen Penulis Blog.

Dalam situasi begini, untuk memenangi hati semua pihak adalah tidak mungkin untuk mencapainya 100%. Mengikut perancangan pihak stadium, pintu utama akan dibuka mulai jam 5 petang. Situasi di atas berlaku bilamana faktor alam seperti hujan yang menimbulkan sedikit kesulitan. Komen seperti di atas jika difikir adalah betul sebagai penonton yang datang di atas semangat kesukanan yang tinggi.
Apabila dikaji mengenai aspek keselamatan stadium pula, banyak faktor juga yang menjadi halangan kepada para petugas seperti bilangan petugas, masa, kos kewangan dan keselamatan kepada stadium itu sendiri.
Secara 'win-win situation', sepatutnya pihak pengurusan stadium mengambil pendekatan altenatif tentang faktor cuaca ini. Tetapi perlu diingatkan bahawa, stadium ini sebenarnya telah disewa khas oleh pihak FAM. Secara tidak langsung, FAM sebenarnya yang perlu berperanan lebih dalam menyelesaikan perkara tersebut. Suasana dan situasi 'final' begitu berbeza dengan 'perlawanan biasa'. Oleh itu, pelanggan (penyokong) seharusnya diberi keutamaan kerana merekalah sebenarnya yang memulangkan keuntungan dan kemajuan bola sepak negara.

Isnin, 9 November 2009

Keganasan Penonton: Tanggungjawab Dipikul Bersama

Jika dibaca melalui media massa, banyak pihak menyalahkan kepada KAFA dalam kejadian vandalisme di Stadium Bukit Jalil pada aksi akhir bola sepak Liga Malaysia antara Kelantan dengan Negeri Sembilan. Individu pertama yang terpaksa menelan kepahitan dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya adalah Presiden KAFA sendiri iaitu Tan Sri Annuar Musa.Berdasarkan beberapa kejadian yang telah berlaku sebelum ini,sudah sampai masanya semua pihak tidak terlalu mempersoalkan salah siapa di sebalik kejadian seperti ini.Apa yang penting satu mekanisme baru perlu dibincangkan,diperhalusi dan disasarkan kepada pihak tertentu untuk mengelakkan keganasan ini terus berulang di masa akan datang.
1. Pakar psikologi, pemidato terbaik, boleh dijemput untuk berinteraksi dengan penonton sebelum sepak mula diadakan.
2. Kementerian Komunikasi dan stesen tv swasta perlu memperhebatkan iklan yang menarik dan mempunyai unsur mendidik di televisyen.
3. Pagar besi di sekeliling stadium ditutup dengan fiber plastik agar penyeludupan mercun tidak berlaku.
4. Mencipta lagu tema khusus untuk penyokong seluruh Malaysia yang mempunyai unsur patriotik dan mendidik.
5. Memperhebatkan dan memperbanyakkan iklan yang membina pemikiran di dalam dan di luar stadium. Contohnya, 'tahniah,anda punyai hati mulia sebagai penyokong.'
6. Mengadakan satu lampu yang khusus untuk dipantulkan kepada penyokong yang dikenal pasti membuat vandalisme. Boleh menyenangkan pihak polis membuat cekupan awal di dalam stadium.
7. Pakar-pakar sukan perlu banyak tampil ke hadapan untuk menjelaskan sesuatu isu dan tidak hanya membiarkan pihak yang cetek ilmu kesukanan membuat spekulasi yang hanya mementingkan populariti dan keuntungan semata-mata.

Ahad, 8 November 2009

Penyokong Setia dan Penyokong Fanatik


Jika diukur secara rambang, 2/3 jumlah penyokong yang berada di Stadium Bukit Jalil pada perlawanan akhir Piala Malaysia ialah penyokong pasukan Kelantan yang juga terdiri daripada rakyat Kelantan yang datang ke Kuala Lumpur, rakyat Kelantan yang berada di Kuala Lumpur dan pelbagai rakyat negeri lain yang memihak kepada pasukan ‘Red Warriors’ ini. Mereka sanggup membeli dan memakai jersi dan baju yang menandakan mereka adalah penyokong Kelantan.
Pada peringkat awal, tiada kerusi kosong di Stadium Bukit Jalil pada jam 6.30 petang 7 November 2009 iaitu pada kawasan penyokong Kelantan. Pada minit ke 80 permainan, hampir separuh kerusi kosong yang ditinggalkan penyokong ini dapat dilihat. Penyokong setia masih tidak berganjak dari tempat duduk mereka dan dapat menerima kekalahan pasukan Kelantan dengan semangat kesukanan yang tinggi walaupun 1 gol yang diperolehi hanya dicipta pada penghujung perlawanan.
Penyokong fanatik pula memulangkan perasaan malu kepada seluruh rakyat Kelantan dengan merendahkan harga diri seperti orang yang tidak berilmu. Mercun dibawa dan diletupkan tanpa mempedulikan keselamatan dan keselesaan penyokong lain disekeliling yang juga menyokong pasukan yang sama. Selepas geram dengan ketinggalan 3-0, penyokong fanatik ini mula meninggalkan tempat duduk masing-masing. Seperti hilang kewarasan, beberapa penyokong yang ‘terlalu fanatik’ yang masih belum meninggalkan stadium membakar kain sepanduk di 3 kawasan tempat duduk yang telah ditinggalkan oleh kumpulan mereka sendiri. Individu yang melakukannya tidak ramai tetapi perbuatan mereka seolah-olah menggambarkan begitu buruknya sikap seluruh rakyat Kelantan. Perbuatan ini bukan merusuh tetapi vandalisme yang melampau.
Keadaan seperti ini harus dilihat dalam konteks punca kejadian. Adakah faktor kurang pendidikan, kurang pengetahuan undang-undang, sikap suka-suka penyokong yang terdiri dari kalangan anak remaja atau kurang matang dalam berfikir.

Fakta / Makna
Fanatik : Keterlaluan pada sesuatu
Setia : Tetap setia selama-lamanya

Syabas pada Pasukan Negeri Sembilan dan Setinggi Penghargaan pada Pasukan Kelantan. Kedua-duanya handal tetapi kayu pengukurnya mesti ada satu yang menang melalui semangat dan strategi masing-masing.

FAM mesti bijak menangani dan mengkodkan sesuatu situasi.

1. Maksudnya bagaimana menggunakan kepakaran ‘pakar sukan’ untuk menyelesaikan
isu vandalisme penyokong fanatik.
2. Tidak membuat pengkodan ‘Penyokong Kelantan Ganas.’ Jika penyokong
Kelantan ganas, apa pula label yang sesuai untuk penyokong Perlis yang
mengganas memecahkan cermin kereta-kereta penyokong Kelantan
di Kangar pada perlawanan peringkat separuh akhir Piala Malaysia?
3. Isunya tidak semua penyokong Kelantan ganas tetapi hanya beberapa kerat
sahaja yang tidak berotak. Juga tidak semua penyokong
perlis jahat, hanya segelintir sahaja. Mereka inilah sebenarnya
‘manusia jahanam’ yang merosakkan semangat kesukanan negara.
4. Jika keputusan dibuat biarlah ianya tidak menimbulkan krisis keyakinan
pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia kepada FAM yang
seringkali dianggap bias terhadap pasukan tertentu.

Biomekanik Pemain Dalam Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2009

Aspek ‘serapan bola’ pemain bolasepak Kelantan kurang memuaskan. Maksudnya pemain yang menerima bola hantaran sepatutnya dapat mengawal bola tersebut dengan kemas tetapi terpantul semula dalam jarak melebihi 1 langkah dan seterusnya pemain itu kehilangan bola. Aspek ini dapat dikesan dengan kerap pada pemain bahagian serangan. Masa tindak balas (reaction time) dan ketangkasan jentera serangan Kelantan agak mengecewakan terutamanya kepada Khalid Jamlus dan Che Hishamuddin Hassan yang mempersiakan beberapa peluang menarik untuk mendapatkan gol.
Ciri kepantasan (speed) dan kordinasi (cordination) badan dapat dipergunakan sebaik mungkin oleh Mohammad Zaquan Adha Abdul Razak dari pasukan Negeri Sembilan. Pemain ini bijak dan licik mempergunakan pusingan badan untuk mengelirukan jentera pertahanan Kelantan dan menggunakan waktu yang tepat untuk melakukan sepakan kencang.
Syabas ‘Becham Malaysia’ iaitu Indra Putra Mahayuddin yang berjaya menghasilkan sepakan lencong dengan arah putaran bola berbentuk putaran sisi (sidespin). Sepakan sebegini mengelirukan penjaga gawang kerana pada tumpuan mata bola disepak ke arah lain tetapi dalam perjalanan menuju ke pintu gol, arah tuju bola berubah dari masa ke semasa dalam keadaan pantas.

Psikologi Pemain Dalam Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2009

‘1-2 game’ antara Zaquan Adha dan Hairuddin Omar nampak menjadi. Mereka adalah pemain Negeri Sembilan Aspek kawalan mental kedua-dua pemain ini dalam mengatur gerakan banyak mencipta ruang untuk menghasilkan gol. Perlu disedari, Zaquan Adha dan Aidil Zafuan bijak dan beberapa kali mempergunakan ‘situasi emosi’ untuk memperlahankan rentak pemain Kelantan. Dalam perlawanan, situasi ini bukan sebagai satu rahsia lagi kepada mereka yang memahami ‘psikologi sukan.’ Kejayaan dalam aspek ketenangan diri dan kawal atur bola lebih memihak kepada Hairuddin Omar.
Sebagai pemain muda yang berbakat, Zamri Ramli iaitu pemain Kelantan didapati melakukan kesilapan yang hampir sama dalam penghantaran bola liar keluar padang. Faktor tekanan dan pengalaman bermain di peringkat yang lebih tinggi seperti ini memerlukan persediaan mental yang sedikit kental.

Khamis, 5 November 2009

7 November Satu Fenomena.

Masyarakat Kelantan memang terkenal dengan kecelikan mereka terhadap politik. Mereka tidak mudah dikelabui dengan suapan berbentuk material semata-mata. Aspek pembangunan menyeluruh yang bermula dengan pembentukkan sahsiah, begitu dititikberatkan. Kesan daripada itu, pembangunan dan kecanggihan teknologi mula ditagih bilamana aspek sahsiah sudah dipenuhi. Pertama, sikap kesederhanaan pemimpin,tiada kepentingan peribadi,bekerja dan menepati manifesto pilihanraya, akan dilihat oleh rakyat. Maka, kerajaan itu berdiri teguh sehingga ke hari ini. Kedua, aspek material mula mengambil tempat. Usaha kerajaan Kelantan untuk mendapat hak royalti adalah tepat dan sah. Jika kerajaan persekutuan tidak dapat memenuhi tuntutan hati rakyat kelantan yang terpendam lama ini, maka semakin sukar untuk kerajaan BN dapat memenangi hati rakyat Kelantan. Sebenarnya kekalahan 18 tahun BN di Kelantan adalah hukuman paling berat kerana memusnahkan impian rakyat selama ini. Sejak kecil mereka diberi nasihat oleh ibu bapa, datuk dan nenek untuk melihat kebenaran dan mencintai kehidupan yang bersih baik rohani dan jasmani. Akibat pertelagahan dan kerakusan untuk jawatan dalaman tahun 1999, BN dilihat tidak lagi mampu bersatu untuk memperjuangkan hasrat dan cita-cita rakyat Kelantan. Maka alternatifnya, PAS secara selesa dinobatkan untuk melakukan perubahan bagi rakyat Kelantan. Itu fenomena yang tersimpan dalam sejarah.

7 November 2009, fenomena baru bakal muncul. Penantian 40 tahun untuk bergelar juara. Jika terbukti Kelantan sebagai juara, apa kesannya? Pelajar sekolah di Kelantan akan menyebut nama penjaring kepada kemenangan pasukan Kelantan. Padahal , mereka sendiri yang menjaringkan gol dalam permainan di kampung halaman atau di sekolah. Rasa sayang rakyat Kelantan terhadap 'merah' warna jersi yang dipakai sukar untuk dilupakan. Semangat kenegerian akan lebih memuncak. Ingatan orang Kelantan lebih lama terhadap kemenangan itu kerana mereka tidak seperti orang di pantai barat yang terpaksa berfikir soal tekanan hidup.kos yang tinggi dan kesesakan lalu lintas. Orang kelantan akan punyai modal baru untuk bercakap di kedai kopi bagi mewar-warkan kegembiraan mereka ini. Orang 'bisnes' boleh buat duit dengan mengadakan apa jua tema,dan produk untuk melariskan jualan masing-masing yang ada hubungkait dengan bola sepak Kelantan. Keuntungan stadium belum diambil kira. Selepas ini musim baru bermula. Penyokong setia dan fanatik sanggup menyimpan duit dan membeli tiket perlawanan. Akhirnya '1 Malaysia' akan sebut 'orang klate ni hebat'.

Mentaliti Penyokong Bola Sepak Negeri

Sikap fanatik terhadap pasukan negeri masing-masing adalah baik jika berlandaskan tatasusila dan punyai semangat kesukanan yang tinggi. Sikap atau budaya vandalisme (suka merosakkan harta benda awam) perlu dijauhi. Bagaimana untuk membudayakan para penyokong keseluruhan di Malaysia?

My Favourite Lecturer...Dr.Shabeshan Rengasamy

Gaya dan persembahan yang mantap. Teori pendidikan jasmani membuatkan pelajarnya jauh berfikir kehadapan. Bagi mereka yang ingin sesuatu 'extra knowlegde' beradalah bersamanya untuk menyelesaikan Tesis anda. Jika mental tidak bersedia dan mempunyai 'low attitude' lupakan saja niat itu. Yang pasti, I salute u Dr.Shabeshan Rengasamy.

Rabu, 4 November 2009

Insentif Untuk 'Red Warriors' vs Skuad Rusa

Red Warriors (Kelantan)
1. Penginapan di hotel taraf enam bintang Palace of Golden Horses.
2. Bonus tunai berjumlah RM66,000.00 selepas mara ke perlawanan akhir.
3. 1000 pemain pelapis muda dan bekas pemain Kelantan di bawa ke Bukit Jalil.
4. Kereta api khas disewa untuk membawa 1000 penyokong 'The Red Warriors Train'
5. Kejutan hadiah istimewa dari kerajaan Kelantan seperti diumumkan MB sekiranya
bergelar juara.
6. Hari Ahad 8/11/09 diisyhtiharkan cuti umum seluruh Kelantan.
7. Pakej umrah kepada semua pemain dan pengurusan pasukan Kelantan.

Skuad Rusa (Negeri Sembilan)
1. Wang insentif RM100,000.00. 12 pemain simpanan hanya menerima RM250.00 sahaja


Doa adalah ubat paling mujarab.........

Selasa, 3 November 2009

Final Malaysian Cup :Kelantan vs N.Sembilan


7 November 2009. Siapa juara Piala Malaysia? Kelantan vs Negeri Sembilan. Teraju kepimpinan pasukan Kelantan oleh Tan Sri Annuar Musa dilihat lebih berkesan. Penantian selama 40 tahun oleh ribuan penyokong Kelantan akan terpahat sebagai sejarah kemenangan 2009 atau Negeri Sembilan mengambil tindakan drastik untuk menjuarainya dengan kejutan. Buat peminat, kajilah strategi, taktik, teknik, saiz, psikologi, mood penonton, cuaca, puncak prestasi, dan kecederaan, Sesuatu yang memang menjadi lupaan bagi manusia ialah takdir yang sudah tersurat. Berhemah semasa menyokong, terima kenyataan menang dan kalah. Yang penting, majulah sukan untuk negara.

Stadium Sains Sukan di Universiti Malaya

Di pusat sukan Universiti Malaya, upacara pecah tanah bagi membina satu stadium sains sukan telah dilakukan oleh Naib Canselor ketika itu iaitu Dato’Rafiah Salim. (2008). Turut bersama-sama dalam majlis tersebut ialah Dr.Ashrill selaku Pengarah Pusat Sukan dan seluruh kakitangan pusat sukan dan pelajar universiti. Adalah diharapkan, pelajar yang mengikuti bidang sains sukan dapat manfaat dalam mengaplikasikan kedua-dua aspek iaitu teori dan amali.

Stadium baru di Kelantan

Pembinaan stadium baru akan didirikan di Bandar Baru Tunjung, Kelantan bakal memperlihatkan pendekatan berbeza kepada seluruh peminat sukan di negeri Kelantan. Cadangan pembinaannya yang mempunyai pandu arah kiblat, dapat menyelesaikan dan memudahkan urusan bagi mereka yang berjiwa sukan dan pada masa yang sama menunaikan kewajipan sebagai umat islam. Pelaksanaan ini dicadangkan oleh Tuan Guru Dato’Nik Abdul Aziz Nik Mat- Menteri Besar Kelantan .(November 2009)