Sukan Agen Penyatuan
1. Meletakkan kecemerlangan ilmu pengetahuan sebagai aspek utama dalam diri setiap individu.
2. Menambahkan peluang dan ruang untuk pendidikan, kerjaya, dan peningkatan taraf hidup.
3. Menunjukkan daya saing yang sihat dengan minda Kelas Pertama.
4. Pengisian rohani dan keseimbangan kehidupan bermasyarakat
'Penyokong Setia' telah menggantikan 'Penyokong Fanatik' di semua media tempatan. Dewasakan pemikiran dengan ilmu.
2. Menambahkan peluang dan ruang untuk pendidikan, kerjaya, dan peningkatan taraf hidup.
3. Menunjukkan daya saing yang sihat dengan minda Kelas Pertama.
4. Pengisian rohani dan keseimbangan kehidupan bermasyarakat
'Penyokong Setia' telah menggantikan 'Penyokong Fanatik' di semua media tempatan. Dewasakan pemikiran dengan ilmu.
Rabu, 16 Februari 2011
Hati-hati KOAM
KOAM berkeras untuk mengadakan latihan bagi atlet olahraga di Ranau Sabah. Kementerian Belia dan Sukan ada memberi pandangan. MSN telah mengambil langkah sewajarnya sebelum ini iaitu dengan menasihati agar ianya tidak perlu diadakan di sana dan cukup di MSN sahaja. Namun tidak pula dipedulikan oleh KOAM. Masa kian suntuk, tarikh latihan sudah dekat sedangkan kemudahan di stadium Ranau masih tidak lengkap. Kerja-kerja pembinaan masih dijalankan. Sepatutnya perancangan untuk kemajuan sukan perlu diteliti dari pelbagai sudut. Nampak sangat pincangnya dan ceteknya pemikiran. Jangan terkejut jika ada lagi perkataan dan sindiran yang lebih tajam daripada ruangan ini.
Sumber: Bernama
Ahad Januari 16, 2011
MSN Tolak Cadangan KOAM Adakan Latihan Di Ranau: Zolkples
KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) memutuskan untuk menolak cadangan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) untuk mengadakan program latihan atlet dengan kos RM3.0 juta di Kompleks Sukan Ranau, Sabah.
Ketua Pengarah MSN Datuk Zolkples Embong berkata tempat latihan yang dikemukakan badan induk sukan olahraga itu tidak sesuai kerana daripada segi geografi, Ranau bukan kawasan tanah tinggi yang sesuai untuk latihan atlet bagi acara berlari.
"Kita tidak mahu bazirkan peruntukan kerajaan untuk program yang tidak memberi kesan kepada pembangunan semua atlet," katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas perkembangan cadangan KOAM untuk mengadakan program latihan atletnya di luar Kuala Lumpur bagi persiapan menghadapi Sukan SEA di Indonesia.
Beliau berkata atlet olahraga perlukan pertandingan berbentuk kompetitif dan bukannya menjalani latihan di luar Kuala Lumpur.
Zolkples berkata MSN akan berhati-hati menyalurkan peruntukan kewangan kepada KOAM setelah badan olahraga itu didapati beberapa kali menggunakan peruntukan tidak mengikut cadangan MSN.
"Tahun lepas MSN telah menyalurkan peruntukan besar kepada KOAM bagi program pembangunan atlet tetapi menggunakannya untuk menghantar atletnya bertanding di luar negara," katanya.
MSN, katanya ada menyalurkan peruntukan khas kepada KOAM untuk membeli peralatan bantuan sukan namun mereka tidak membuat pembelian itu dan wang tidak dikembalikan kepada MSN.
Zolkples berkata beliau kecewa dengan kenyataan KOAM yang mendesak atletnya yang masih belajar untuk menyertai program sedangkan ada di antara mereka perlu menghabiskan pengajian tahun ini setelah tujuh tahun menangguh pengajian.
"Tahun ini atlet tidak mempunyai banyak kejohanan penting dan inilah masa bagi mereka untuk menghabiskan baki pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT)sebelum kembali sibuk dengan kejohanan sukan pada tahun depan," katanya.
Tahun depan atlet negara perlu memberi sepenuh perhatian kepada persiapan menghadapi temasya Sukan Olimpik London, katanya.- BERNAMA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan