Create your own banner at mybannermaker.com!

Sukan Agen Penyatuan

1. Meletakkan kecemerlangan ilmu pengetahuan sebagai aspek utama dalam diri setiap individu.
2. Menambahkan peluang dan ruang untuk pendidikan, kerjaya, dan peningkatan taraf hidup.
3. Menunjukkan daya saing yang sihat dengan minda Kelas Pertama.
4. Pengisian rohani dan keseimbangan kehidupan bermasyarakat

'Penyokong Setia' telah menggantikan 'Penyokong Fanatik' di semua media tempatan. Dewasakan pemikiran dengan ilmu.

Ahad, 21 Oktober 2012

Kelantan 'Treble Winner'

Treble Winner. Rekod Kelantan terserlah. Juara Piala FA,juara Liga Super dan Juara Piala Malaysia. 3/4 ruang stadium dipenuhi gelombang merah. Fenomena yang bermula 2009 terus mewarnai ke tahun 2012. Di mana-mana jersi merah menjadi kegemaran anak-anak yang meminati bola sepak. Nama 'The Red Warriors' bukan lagi sekadar jersi tetapi telah menular sebagai asas untuk bidang bisnes yang lain. Pemain tidak sekadar pemain tetapi juga selebriti di kaca televisyen. Keramatnya 'gomo kelate gomo' menjelmakan perpaduan seluruh rakyat Kelantan yang tiada sempadan politik. Semua bersepakat dan menyokong tidak kira tua, muda,miskin dan kaya. Hatta, peminat seluruh Malaysia juga, teruja dengan kesungguhan dan komitmen kedua-dua pasukan yang menampilkan aksi setimpal dan mendebarkan sepanjang 90 minit perlawanan dengan keputusan seri dan berakhir kemenangan pada babak penentuan masa tambahan 30 minit. Perlawanan yang dilihat mencapai mutu dan sentuhan emosi yang pelbagai. Insiden dan ketidakaturan gelagat penyokong kurang mengambil tempat di dada-dada akhbar. Secara tidak langsung, asas menyokong dengan perasaan dan semangat 'penyokong setia' telah melenyapkan gejala 'penyokong fanatik' yang pernah menjadi mimpi buruk dalam sejarah sukan tanahair pada tahun 2009 yang lalu. Tiada kerosakan harta benda awam dan sifarnya insiden pergaduhan di kalangan penyokong. Syabas juga kepada pasukan Angkatan Tentera yang mempamerkan semangat juang yang tinggi walaupun ketinggalan 2 kali sebelum menyamakan kedudukan.

Tiada ulasan: