Sukan Agen Penyatuan
1. Meletakkan kecemerlangan ilmu pengetahuan sebagai aspek utama dalam diri setiap individu.
2. Menambahkan peluang dan ruang untuk pendidikan, kerjaya, dan peningkatan taraf hidup.
3. Menunjukkan daya saing yang sihat dengan minda Kelas Pertama.
4. Pengisian rohani dan keseimbangan kehidupan bermasyarakat
'Penyokong Setia' telah menggantikan 'Penyokong Fanatik' di semua media tempatan. Dewasakan pemikiran dengan ilmu.
2. Menambahkan peluang dan ruang untuk pendidikan, kerjaya, dan peningkatan taraf hidup.
3. Menunjukkan daya saing yang sihat dengan minda Kelas Pertama.
4. Pengisian rohani dan keseimbangan kehidupan bermasyarakat
'Penyokong Setia' telah menggantikan 'Penyokong Fanatik' di semua media tempatan. Dewasakan pemikiran dengan ilmu.
Sabtu, 16 Mac 2013
Janji Sukan
Tidak semua orang melihat sukan itu bermanfaat. Ada yang tidak kisah dan ianya hanya satu perkara yang tidak perlu diutamakan dalam kehidupan. Buat apa bersukan sekiranya banyak kerugian dan kemusnahan yang berlaku. Pergaduhan sehingga mengakibatkan kematian akibat serangan liar penonton. Dendam dan ketidakpuashatian yang sukar terpadam dari hati dan perasaan. Penghinaan dan jatuhnya maruah seseorang kerana kegagalan untuk memimpin dan kekejian akibat kekalahan yang berterusan.
Jangan lupa, sukan begitu hebat dan penuh makna bilamana ianya berfungsi untuk penyatuan. Nilai kesetiaan terhadap pasukan idaman boleh mengajar kita erti kesabaran dan menghiburkan dikala kemenangan. Kata-kata laungan dan sokongan secara spontan pada semua penyokong meniupkan semangat kecintaan dan saling memahami antara satu sama lain sehingga menyerlahkan identiti kenegaraan dan patriotiknya warga Malaysia di mata dunia. Sukan boleh mendekatkan kasih sayang dan ikatan kekeluargaan. Sukaneka seringkali meriah dan mewarnai keakraban hidup bermasyarakat dalam keunikan kaum yang selamanya kita inginkan kedamaian. Sukan merealisasikan kecergasan dan kesihatan yang berpanjangan. Warga emas yang kita semua hargai pasti bertambah senyuman dan tidak terdedah risiko penyakit yang memerlukan pengawasan berterusan. Wang rakyat, wang kerajaan boleh dijimatkan dan tidak semata-mata menambah perbelanjaan untuk membekalkan ubat-ubatan yang sudah tentu kosnya tinggi. Saudara Islam secara tidak langsung mengikut sunnah Rasulullah yang mana sukan berkuda,memanah dan berenang menggambarkan sukan itu sendiri diberi keutamaan disamping memenuhi tuntutan akhirat. Saudara yang beragama selain dari Islam juga boleh menjadikan sukan sebagai riadah dan kebajikan yang menguntungkan dalam amalan kehidupan. Ruang solat, elemen kerohanian dan kesesuaian masa aktiviti sukan perlu disesuaikan untuk memberi perubahan kepada 'attitude' penyokong ke arah budaya yang lebih baik.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan