Aspek ‘serapan bola’ pemain bolasepak Kelantan kurang memuaskan. Maksudnya pemain yang menerima bola hantaran sepatutnya dapat mengawal bola tersebut dengan kemas tetapi terpantul semula dalam jarak melebihi 1 langkah dan seterusnya pemain itu kehilangan bola. Aspek ini dapat dikesan dengan kerap pada pemain bahagian serangan. Masa tindak balas (reaction time) dan ketangkasan jentera serangan Kelantan agak mengecewakan terutamanya kepada Khalid Jamlus dan Che Hishamuddin Hassan yang mempersiakan beberapa peluang menarik untuk mendapatkan gol.
Ciri kepantasan (speed) dan kordinasi (cordination) badan dapat dipergunakan sebaik mungkin oleh Mohammad Zaquan Adha Abdul Razak dari pasukan Negeri Sembilan. Pemain ini bijak dan licik mempergunakan pusingan badan untuk mengelirukan jentera pertahanan Kelantan dan menggunakan waktu yang tepat untuk melakukan sepakan kencang.
Syabas ‘Becham Malaysia’ iaitu Indra Putra Mahayuddin yang berjaya menghasilkan sepakan lencong dengan arah putaran bola berbentuk putaran sisi (sidespin). Sepakan sebegini mengelirukan penjaga gawang kerana pada tumpuan mata bola disepak ke arah lain tetapi dalam perjalanan menuju ke pintu gol, arah tuju bola berubah dari masa ke semasa dalam keadaan pantas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan