Create your own banner at mybannermaker.com!

Sukan Agen Penyatuan

1. Meletakkan kecemerlangan ilmu pengetahuan sebagai aspek utama dalam diri setiap individu.
2. Menambahkan peluang dan ruang untuk pendidikan, kerjaya, dan peningkatan taraf hidup.
3. Menunjukkan daya saing yang sihat dengan minda Kelas Pertama.
4. Pengisian rohani dan keseimbangan kehidupan bermasyarakat

'Penyokong Setia' telah menggantikan 'Penyokong Fanatik' di semua media tempatan. Dewasakan pemikiran dengan ilmu.

Khamis, 22 November 2012

'Blue Print' Kecemerlangan Harimau Malaya

Sebelum sepak mula Piala Suzuki 2012, banyak terjahan dan persepsi mengenai mutu permainan pasukan Harimau Malaya. Kecundang dan sekadar seri semasa perlawanan persahabatan dijadikan kayu ukur kepada peminat, penyokong dan pengkritik untuk melontarkan pelbagai andaian dan keyakinan. Kemuncaknya, Perdana Menteri sendiri meluangkan masa melihat sesi latihan untuk memberi suntikan semangat kepada pemain dan pegawai pasukan Malaysia. Dalam bola sepak, segala-galanya boleh berlaku keajaiban. Perkara keajaiban ini biarlah menjadi perkara kedua dan biarlah kemenangan dan kekalahan yang dialami itu berpaksikan kepada mutu dan kemahiran pasukan itu sendiri. Suara sinis yang didengari dan disajikan dalam dada-dada akhbar minta untuk ditukarkan jurulatih, ditukarkan pemain, ditukarkan pihak pengurusan dan macam-macam lagi. Penulis beranggapan, perkara pokok utama yang perlu ditukar ialah ilmu sukan. Teori sains sukan perlu dipraktikkan. Pemikir dan bijak pandai sains sukan dan pendidikan jasmani perlu disatukan untuk menyiapkan 'blue print' kecemerlangan sukan di Malaysia. Seharusnya 'blue print' itu dipraktikkan dan bukan setakat 'on paper' semata-mata. Jauhkan 'politiking' dalam pemilihan.

Tiada ulasan: