Create your own banner at mybannermaker.com!

Sukan Agen Penyatuan

1. Meletakkan kecemerlangan ilmu pengetahuan sebagai aspek utama dalam diri setiap individu.
2. Menambahkan peluang dan ruang untuk pendidikan, kerjaya, dan peningkatan taraf hidup.
3. Menunjukkan daya saing yang sihat dengan minda Kelas Pertama.
4. Pengisian rohani dan keseimbangan kehidupan bermasyarakat

'Penyokong Setia' telah menggantikan 'Penyokong Fanatik' di semua media tempatan. Dewasakan pemikiran dengan ilmu.

Sabtu, 16 Januari 2010

Developing A Curriculum




Develop a Guilding Philosophy
1. To develop personal activity and fitness habits.
2. To develop and enhance movement competency and motor skills.
3. To learn a conceptual understanding of movement principles.

Define a Conceptual Framework for the Curriculum
1. Curriculum goals and objectives are approproate for all students.
2. Activities in the curriculum are selected based on their potential to help
students reach content standard.
3. The curriculum helps students develop lifelong physical activity habits
and understand basic fitness concepts.
4. The curriculum includes activities that enhance cognitive and
affective learning.
5. The curriculum provides experiences that allow all students to succeed
and feel satisfaction.
6. The curriculum is planned and based on an educational environment that is
consistent with other academic areas in the school.
7. Activities in the curriculum are presented in an educationally sound
sequence.
8. The curriculum includes an appropriate means of assessing student progress.

Reference : Dynamic Physical Education for Secodary School Student.

Cognition




Physical education has the inherent capacity to facilitate development on all the channels. Mosston was intrigued and captivated by the educational possibilities that existed in physical education-no other field could so deliberately contribute such a wide set of developmental opportunities in every individual lesson.Deliberately designed decision making experiences in physical education have the capacity to actively invite students to think (cognitive channel) while moving (physical channel),and interact with others (social channel) while practicing fair play (ethical channel) and self-control (emotional channel).

Reference : Teaching Physical Education, fifth Edition.

Khamis, 10 Disember 2009

Pengukuran dan Penilaian


Pertandingan rebut kerusi yang disertai tidak pernah gagal. Masih ingat dalam Minggu Interaksi PALAPES UM, di Tasik Titiwangsa, dan terbaru di Majlis Hi-Tea KL.


Tujuan Pengujian, Pengukuran dan, Penilaian.
1.Menempatkan pelajar
2.Diagnosis
3.Motivasi
4.Membuat jangkaan
5.Penilaian Prestasi
6.Penilaian Program
7.Membina norma dan skala skor


Terdapat 4 Skala Pengukuran dalam Pendidikan Jasmani
1. Skala Nominal
2. Skala Ordinal
3. Skala Sela
4. Skala Nisbah

Pembolehubah Skala Sela dan Nisbah
1. Min
2. Median
3. Mod

Motor Learning : The Law of Readiness -Thorndike


En.Hasrulnisham Hashim, En.Hamdan Ahamad, En.Nasran Rushdi, En.Zaki Zarudin.
Setiakawan dalam membentuk pasukan. Jom lawan tenis....


Aplikasi dalam Pendidikan Jasmani. Contohnya:
Biasanya kurikulum yang dirancang, isi kandungan yang ingin dicapai akan disusun menjadi bahagian-bahagian kecil dan ditandai dengan ketrampilan tertentu. Bahagian-bahagian ini disusun secara hierarki, dari sederhana sehingga ke peringkat yang lebih kompleks.

Satu siri tindakbalas boleh dihubungkan bersama untuk memuaskan matlamat tertentu yang akan menyebabkan kecelaruan jika dihalang.

Aplikasi dalam Pendidikan Jasmani. Contohnya:
Dalam tatacara memukul bola hoki tepat ke sasaran. Pelajar perlu mempersiapkan diri dengan kedudukan kaki yang betul, cara memegang kayu hoki, cara menghayun kayu hoki. Jika semua siri tindak balas ini dipenuhi, matlamat hantaran bola hoki secara tepat ke sasaran akan tercapai.

Cara penyusunan ini adalah untuk memudahkan pengukuran atau pembuktian bahawa proses belajar telah dilaksanakan dan mendapat hasil.
Taksonomi belajar Bloom adalah contoh sasaran belajar yang bertahap dan menunjukkan hierarki dari yang sederhana sehinggalah ke peringkat lebih kompleks.

Hi-Tea.....Komitmen Sukan




Hi-Tea di Kuala Lumpur. Bersama teman-teman. 2 Jam sebelum sepak mula Perlawanan Akhir Bolasepak antara Kelantan VS Negeri Sembilan.

Rabu, 2 Disember 2009

Disleksia

Disleksia ialah suatu kecelaruan pada kanak-kanak dimana, meskipun mereka melalui pegalaman bilik darjah konvensional, gagal menguasai kemahiran bahasa seperti membaca, menulis dan mengeja yang selaras dengan kemampuan intelektual mereka. Thomson,1984 mengatakan disleksia sebagai satu masalah kognitif.

Masalah yang biasa dialami oleh kanak-kanak Disleksia ialah:

1. Masalah Fonologi
Merujuk kepada hubungan sistematik antara huruf dengan bunyi

2. Masalah Mengingat Perkataan
Boleh mendengar, boleh melihat tetapi bermasalah memproses perkataan

3. Masalah Penyusunan Bersiri
Contohnya, susunan bulan ,tahun,susunan huruf dan menghafal sifir

4. Masalah Ingatan Jangka Pendek
Jika diberi arahan untuk melakukan beberapa perbuatan, mereka pasti
akan tertinggal atau dua perbuatan yang sepatutnya dilakukan.

5. Masalah Kesedaran Sintaks
Contohnya dalam mempelajari dua bahasa yang berlainan.

Jumaat, 27 November 2009

Aspek Penilaian Dalam Sukan



Terdapat 3 Aspek Penilaian Dalam Sukan

1. Psikomotor
i. Kecergasan Fizikal
ii. Kemahiran Motor

2. Kognitif
i. Bertulis
ii. Lisan

3. Afektif
i. Kertas dan pensil
ii. Lukisan Muka kartun Berperasaan

Setiap Komponen Kecergasan Ini Boleh Dinilai dan Diukur Melalui Ujian-Ujian Tertentu.

1. Daya Tahan Kardiovaskular
2. Daya Tahan Otot
3. Kekuatan Otot
4. Kelenturan
5. Komposisi badan
6. Kelajuan
7. Imbangan
8. Ketangkasan
9. Kuasa
10.Masa Bertindakbalas
11.Koordinasi

Kesemuanya ini adalah asas kepada pemilihan seseorang atlit sukan daripada peringkat asas sehingga ke peringkat amatur.

Sabtu, 21 November 2009

Darah Manusia

Kebanyakkan manusia mempunyai lebih kurang 5 liter darah. Isipadu sebenar adalah bergantung kepada faktor umur,seks, bangsa,ketinggian, berat tubuh dan diet. Terdapat 4 kandungan utama dalam darah iaitu, sel darah merah, sel darah putih, platelet yang mana jumlah kesemuanya sebanyak 45% dan plasma sebanyak 55%.
Manusia dewasa mempunyai sebanyak 30 trilion (30X10 kuasa 12) sel darah merah, 7500 sel darah putih dan 300 000 platelet.
Sistem pengaliran darah terdiri daripada jantung dan salur darah (arteri dan vena) yang mengalirkan darah ke seluruh bahagian tubuh kecuali rambut, kuku dan kornea mata. Arteri adalah salur darah yang membawa darah beroksigen dari jantung ke tisu, manakala vena pula membawa darah berkarbon dioksida dari tisu ke jantung.
Darah dan sistem edaran darah boleh mengalami pelbagai penyakit. Salah satu daripada penyakit itu ialah salur darah menebal yang boleh membawa kepada serangan penyakit jantung. Jika sel darah putih meningkat dari 6,000 - 8,000 pada keadaan normal ke 100,000 atau lebih bagi setiap milimeter darah akan membawa kepada penyakit leukimia. Penyakit anemia pula terjadi apabila bilangan sl darah merah atau hemoglobin darah berkurangan. Jika sel darah meningkat ia dipanggil pula sebagai polisitemia.

Jumaat, 20 November 2009

Tekanan

Hans Selye (1956) mengatakan bahawa tekanan ialah satu tindak balas dan reaksi yang tidak spesifik tubuh badan seseorang terhadap sebarang rangsangan atau permintaan. Ini bermakna sesuatu unsur suasana yang mengganggu seperti persekitaran, bunyi dan rimas itu boleh mempengaruhi pemikiran atlit dan fungsi badan mereka. Bebanan boleh wujud di dalam bentuk ancaman, cabaran ataupun apa-apa perubahan di dalam hidup seseorang yang memerlukan pengubahsuaian yang selari dengannya. Ada tekanan perasaan yang baik lagi positif dan ianya dinamakan sebagai ‘eustress’ dan ada pula negatif yang dikenali sebagai ‘distress.’ Tekanan yang positif amat kita perlukan di dalam hidup untuk menjadikan kita lebih berhati-hati, terangsang, kreatif dan lebih memberikan tumpuan kepada apa yang sedang dilakukan.

Kebimbangan (Anxiety)


Menurut Kamus Dewan (2002), kebimbangan adalah perasaan cemas dan gelisah. Reber (1995), di dalam kamus psikologinya pula mengatakan kebimbangan adalah keadaan emosi yang tidak selesa di dalam bentuk bimbang, gelisah, tegang dan keresahan. Freud (1977) merupakan orang pertama yang mula-mula menerangkan kebimbangan secara sainstifik. Kebimbangan menurut beliau ialah keadaan yang boleh dirasai atau keadaan afektif yang tidak menyenangkan. Baginya, kebimbangan tersebut perlu dilihat sama ada berbentuk objektif atau neurotik. (Nur’Ashikin, 2006)

Setiap manusia inginkan kebahagiaan hidup. Namun gangguan-gangguan emosi seperti perasaan bimbang, takut, sedih, benci, cemburu, marah, malu dan sebagainya akan mengganggu kebahagiaan ini. Emosi yang tidak stabil akhirnya akan menjadikan manusia itu gelisah, tertekan, lalu tidak dapat berfikir dan bertindak secara rasional. Ini akan menyebabkan seseorang itu tidak dapat memberi tumpuan dan tidak boleh melakukan kerja dengan baik, sukar tidur, kurang selera makan sehingga menjejaskan produktiviti individu itu sendiri, institusi atau tempat bekerja dan seterusnya produk negara. Kegelisahan atlit dapat dilihat berdasarkan ekspresi wajah, tingkah laku ataupun kecenderungan gaya berfikir. (Mohamed Alfian Harris B. Omar,2007)

Khamis, 19 November 2009

Ibu bapa Jurulatih Pertama


"Sesungguhnya cara yang digunakan untuk melatih kana-kanak merupakan hal yang paling penting dan utama. Kanak-kanak merupakan amanah dan tanggungjawab di tangan orang tuanya, jiwanya yang suci murni merupakan permata dan gambaran dan bersahaja dan bebas dari ukiran dan gambaran dan ia bisa menerima setiap ukiran dan cenderung kepada apa yang dicenderungkan kepadanya..."
Pendapat Imam Ghazali (129H)

Ibu dan bapa yang sedar akan kepentingan kesihatan, pasti menggerakkan minat anaknya bagi memenuhi tujuan itu. Kehidupan yang cergas dengan mengamalkan senaman, makanan seimbang dan tingkahlaku yang berdisiplin boleh menyumbang kepada kejayaan seseorang anak dalam apa jua aktiviti dan pertandingan yang disertai.

Asuhan Ibu
Kanak-kanak sentiasa bersama ibunya dan menerima asuhan dan kemesraan daripadanya maka si anak itu membentuk satu rasa selamat dan belajar memberi kemesraannya sendiri.

Asuhan bapa
Menjadi contoh tingkah laku kepada anak lelaki dan mempengaruhi anak perempuan dalam pergaulan mereka dengan lawan jantina melalui sikap dan layanan yang diterima daripada bapa mereka.

Demam Yang Dialami - Bagaimana?


Penghasilan haba yang melebihi kehilangan haba dalam tubuh badan manusia akan menyebabkan suhu badan meningkat sehingga melebihi 37 darjah celcius yang juga dikenali sebagai demam (pyrexia). Faktor yang menyebabkan demam adalah kerana kehadiran toksin bakteria atau virus.
Tindakan sel fagosit ke atas toksin-toksin bakteria menghasilkan satu bahan disebut pirogen endogenus yang kemudian bertindak ke atas pusat termolitik di hipotalamus anterior.
Prostaglandin yang dibebaskan setempat selanjutnya mengganggu titik tetap suhu badan di hipotalamus dan menghasilkan demam. Ubat seperti aspirin dapat mengurangkan suhu badan semasa demam. Keadaan ini adalah disebabkan perencatan sintesis serta pembebasan prostaglandin.

Sabtu, 14 November 2009

Mengapa Sukan Penting


Mermartabatkan nama Malaysia di persada dunia.
Sebagai trend dan ikon generasi muda.
Menyatukan dan membangkitkan semangat patriotisme kepada negara.
Melahirkan masyarakat cergas dan mengamalkan budaya sihat.
Memberi ruang dan peluang punca pendapatan dan perniagaan.
Pengimportan dan pengekspotan pemain,pakar dan usahasama di negara berlainan.
Sebagai karier dan personaliti.
Satu mekanisme pendidikan dan penyuburan budaya ilmu.
Pengamalan pemakanan seimbang dan berkhasiat.

Sah Malaysia Mara 'Final'

Wow, hebat Malaysia. Menang 3-0 dengan negara China. Skuad Negara akan bertemu New Zealand dalam perlawanan akhir. Ternyata jurulatih New Zealand yang sebelum ini lebih mengharapkan China mara ke akhir, terpaksa membuat percongakan baru untuk berhadapan dengan Malaysia yang dibimbangi boleh merosakkan reputasi mereka yang menang dalam semua perlawanan peringkat kumpulan. Sekali lagi, penulis optimis untuk Malaysia bergelar juara walaupun beraksi di depan penyokong pasukan tuan rumah.

Memang Wajar Kontraktor Utama di Pertanggungjawabkan


Kos penyelenggaraan dan baik pulih stadium Sultan Mizan Kuala Terengganu akan ditanggung sepenuhnya oleh kontraktor utama. Runtuhan bumbung stadium ini telah memalukan rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Secara tidak langsung wang rakyat dapat dijimatkan dan tidak perlu dibelanjakan lagi semata-mata untuk membaiki kerosakan yang disebabkan kesilapan pihak kontraktor. Mana-mana fasiliti atau kemudahan sukan yang ingin dibina, perlu dipantau pembinaannya dan tidak hanya cantik di atas kertas semata-mata. Kekuatan dan keteguhan binaan amat perlu bagi menjamin keselamatan penonton. Stadium-stadium lama di seluruh negara juga perlu diperiksa dari masa ke semasa. Jangan terjadi sesuatu peristiwa, baru pihak tertentu sibuk menyalahkan antara satu sama lain.

Jumaat, 13 November 2009

KESIHATAN MENTAL

Kesihatan mental berkait rapat dengan kehidupan kita. Orang ramai sering mengaitkan kesihatan mental dengan penyakit mentalm tetapi kenyataan ini adalah kurang tepat.
Ia melibatkan kehidupan harian yang merangkumi:
• Memupuk perasaan, fikiran dan tingkahlaku yang positif dalam diri sendiri.
• Kemampuan untuk berinteraksi secara sihat dengan orang lain, kumpulan dan
persekitarannya.
• Bagaimana seseorang itu mengendalikan tanggungjawab, masalah dan tekanan
yang timbul dari kehidupan harian.

Ciri-ciri kesihatan mental yang positif
Terhadap diri sendiri
• Menyedari kelemahan dan kekuatan diri sendiri.
• Berupaya mengawal perasaan.
• Sanggup menerima kegagalan.
• Mampu menghindari kegiatan yang tidak bermoral.
• Menghargai diri sendiri.
Terhadap orang lain
• Mampu berkomunikasi secara berkesan dengan orang lain.
• Mampu memberi dan menerima kasih sayang.
• Tahu menghargai dan mempercayai orang lain.
• Dapat menerima pendapat orang lain secara terbuka.
Terhadap cabaran
• Berupaya menghadapi dan menyelesaikan masalah.
• Mampu mengatasi konflik dengan bijak.
• Mampu membuat keputusan untuk diri sendiri.
• Bersedia mendapatkan pertolongan sekiranya gagal menyelesaikan masalah
harian

10 Langkah Ke Arah Kesihatan Mental Yang Positif
• Menerima kenyataan diri secara realistik.
• Mengendali masa dengan baik (time management)
• Merancang perubahan dalam kehidupan secara bijak.
• Memupuk hubungan harmoni dan kasih sayang dengan ahli keluarga dan orang lain
• Menjaga kesihatan fizikal.
• Menyediakan masa untuk aktiviti fizikal dan riadah.
• Memastikan rehat dan tidur yang cukup.
• Mengendalikan tekanan mental secara berkesan.
• Mengamalkan asas-asas kerohanian yang baik.
• Berkongsi masalah dengan orang lain dan mendapat pertolongan profesional
sekiranya perlu.

Akibat Kesihatan Mental Yang Diabaikan Seseorang Itu Mungkin Mengalami:
• Perasaan rendah diri.
• Tekanan dalam hidup.
• Pertelingkahan dan keruntuhan rumahtangga / keluarga.
• Kecenderungan melakukan kegiatan tidak bermoral (minum arak, bohsia,
penyalahgunaan najis dadah, sumbang muhrim dan perzinaan)
• Suasana tempat kerja yang tidak menyenangkan.
• Kecenderungan menggunakan keganasan untuk menyelesaikan masalah (penderaan
kanak-kanak / pasangan, buli jalanraya, buli sekolah)
• Peningkatan risiko penyakit mental.

Khamis, 12 November 2009

Kegembiraan Skuad Rusa

Durian runtuh buat Skuad Rusa selaku juara Piala Malaysia. Angka RM200,000.00 bukan sedikit. RM100,000.00 sudah berada dalam genggaman bila mereka layak ke pentas akhir. Bersyukur di atas pemberian itu. Itulah imbuhan bilamana mereka bergelar juara Piala Malaysia. Mereka berhak mendapatnya di atas usaha gigih dan kecekalan mereka ketika berdepan dengan lautan penyokong 'The Red Warriors.' Walaupun pada peringkat awal tidak banyak pihak yang berani mengatakan mereka akan menang, tetapi akhirnya merekalah 'Juara 2009.'Syabas kepada semua pemain Negeri Sembilan. Semangat mereka ini selayaknya diresapi kepada semua pemain skuad kebangsaan negara. Kembalikan kegemilangan bola sepak negara. Hidupkan 'super mokh' sebagaimana era 60 an dan 70an.

Rabu, 11 November 2009

Syabas dan Terima Kasih FAM


Denda yang dinyatakan oleh pihak Stadium Bukit Jalil kepada FAM adalah sebanyak RM 214,000. Melalui keputusan Jawatankuasa Tatatertib FAM 11 November 2009, KAFA hanya dikenakan hukuman denda sebanyak RM 50,000 dengan 3 pertuduhan dan selebihnya FAM menanggung kerugian tersebut sebanyak 138,000.00. Datuk Taufik Razak selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM menjelaskannya melalui sidang media. Penulis sebelum ini pernah mengutarakan mengenai isu ini. Keputusan inilah yang dilihat sebagai perkiraan terbaik demi kemajuan masa depan bola sepak negara. Kita perlu melihat jauh ke hadapan dan tidak hanya kerana kesempitan dalam keadaan sekarang, kita senang dan gembira bila menjatuhkan sesuatu hukuman terhadap sesuatu pihak. Dalam konteks ini, KAFA berhempas pulas bekerja dan berusaha untuk mengembalikan martabat sukan bola sepak negara melalui pencapaian pasukan negeri Kelantan. Kutipan tiket ke stadium bukan sedikit malahan seperti serangan histeria, penonton ingin mendapatkan tiket. Adakah ini satu tanda sokongan atau bukan sokongan terhadap perkembangan bola sepak Malaysia itu sendiri? Isu keganasan yang dilakukan oleh segelintir penonton pula perlu dilihat dalam konteks berbeza.

Tuntutan Ganti Rugi RM214,000 Kepada FAM


Hakikat yang harus diterima oleh pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Bagi menampung semula kantung yang bakal hilang, sudah tentu FAM tidak melepaskan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) begitu sahaja. Inilah situasi badan sukan di Malaysia. Masing-masing memerlukan antara satu sama lain dan pada masa yang sama menghentam sesama sendiri. Penonton yang datang ke stadium, tidak kira penyokong pasukan mana sekalipun mereka adalah rakyat Malaysia. Perbuatan vandalisme tidak hanya berlaku kepada penyokong pasukan Kelantan sahaja malah turut berlaku di negeri lain juga. Badan sukan perlu bersikap seperti ibu dan bapa yang memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang tinggi untuk membentuk seorang anak yang bersifat mulia. Setiap anak perlu dinilai dan diperhatikan kerana perwatakan mereka adalah berbeza antara satu dengan yang lain. Oleh itu carilah penyelesaian yang tepat. Kongsilah kerugian ini secara bersama antara FAM dan KAFA. KAFA tidak sesekali meminta penyokong liar ini bertindak sebegitu malah tidak menjangkakannya sekalipun. Apabila kantung masing-masing tidak surut sepenuhnya, gunakanlah lebihan kewangan itu untuk pembangunan kesedaran di kalangan penyokong sukan di peringkat negeri dan Malaysia amnya. Apa salahnya berkongsi. Suka duka dirasai bersama.

Kelayakan Hoki Piala Dunia 2010

Segalanya tidak menjadi. Menang dengan Wales 2-1 tetapi dihukum pula kekalahan kepada New Zealand 4-2. Menghuni kedudukan ketiga untuk meneruskan sisa baki dua perlawanan dengan Scotland dan China. Sentuhan ajaib begitu ditagih kerana seharusnya Malaysia perlu memenangi kedua-dua perlawanan tersebut.
Sebelum skuad hoki negara berlepas ke Invercargill New Zealand, kita sedia maklum mengenai barisan pemain yang disenaraikan secara gantian kepada beberapa pemain yang menarik diri. Keadaan demikian tidak sepatutnya berlaku menjelang kejohanan yang besar seperti ini. Walau bagaimnapun penulis masih bersikap optimis untuk Malaysia terus layak walau dalam situasi sukar seperti ini.