
Denda yang dinyatakan oleh pihak Stadium Bukit Jalil kepada FAM adalah sebanyak RM 214,000. Melalui keputusan Jawatankuasa Tatatertib FAM 11 November 2009, KAFA hanya dikenakan hukuman denda sebanyak RM 50,000 dengan 3 pertuduhan dan selebihnya FAM menanggung kerugian tersebut sebanyak 138,000.00. Datuk Taufik Razak selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM menjelaskannya melalui sidang media. Penulis sebelum ini pernah mengutarakan mengenai isu ini. Keputusan inilah yang dilihat sebagai perkiraan terbaik demi kemajuan masa depan bola sepak negara. Kita perlu melihat jauh ke hadapan dan tidak hanya kerana kesempitan dalam keadaan sekarang, kita senang dan gembira bila menjatuhkan sesuatu hukuman terhadap sesuatu pihak. Dalam konteks ini, KAFA berhempas pulas bekerja dan berusaha untuk mengembalikan martabat sukan bola sepak negara melalui pencapaian pasukan negeri Kelantan. Kutipan tiket ke stadium bukan sedikit malahan seperti serangan histeria, penonton ingin mendapatkan tiket. Adakah ini satu tanda sokongan atau bukan sokongan terhadap perkembangan bola sepak Malaysia itu sendiri? Isu keganasan yang dilakukan oleh segelintir penonton pula perlu dilihat dalam konteks berbeza.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan