
Penghasilan haba yang melebihi kehilangan haba dalam tubuh badan manusia akan menyebabkan suhu badan meningkat sehingga melebihi 37 darjah celcius yang juga dikenali sebagai demam (pyrexia). Faktor yang menyebabkan demam adalah kerana kehadiran toksin bakteria atau virus.
Tindakan sel fagosit ke atas toksin-toksin bakteria menghasilkan satu bahan disebut pirogen endogenus yang kemudian bertindak ke atas pusat termolitik di hipotalamus anterior.
Prostaglandin yang dibebaskan setempat selanjutnya mengganggu titik tetap suhu badan di hipotalamus dan menghasilkan demam. Ubat seperti aspirin dapat mengurangkan suhu badan semasa demam. Keadaan ini adalah disebabkan perencatan sintesis serta pembebasan prostaglandin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan