Create your own banner at mybannermaker.com!

Sukan Agen Penyatuan

1. Meletakkan kecemerlangan ilmu pengetahuan sebagai aspek utama dalam diri setiap individu.
2. Menambahkan peluang dan ruang untuk pendidikan, kerjaya, dan peningkatan taraf hidup.
3. Menunjukkan daya saing yang sihat dengan minda Kelas Pertama.
4. Pengisian rohani dan keseimbangan kehidupan bermasyarakat

'Penyokong Setia' telah menggantikan 'Penyokong Fanatik' di semua media tempatan. Dewasakan pemikiran dengan ilmu.

Khamis, 5 November 2009

7 November Satu Fenomena.

Masyarakat Kelantan memang terkenal dengan kecelikan mereka terhadap politik. Mereka tidak mudah dikelabui dengan suapan berbentuk material semata-mata. Aspek pembangunan menyeluruh yang bermula dengan pembentukkan sahsiah, begitu dititikberatkan. Kesan daripada itu, pembangunan dan kecanggihan teknologi mula ditagih bilamana aspek sahsiah sudah dipenuhi. Pertama, sikap kesederhanaan pemimpin,tiada kepentingan peribadi,bekerja dan menepati manifesto pilihanraya, akan dilihat oleh rakyat. Maka, kerajaan itu berdiri teguh sehingga ke hari ini. Kedua, aspek material mula mengambil tempat. Usaha kerajaan Kelantan untuk mendapat hak royalti adalah tepat dan sah. Jika kerajaan persekutuan tidak dapat memenuhi tuntutan hati rakyat kelantan yang terpendam lama ini, maka semakin sukar untuk kerajaan BN dapat memenangi hati rakyat Kelantan. Sebenarnya kekalahan 18 tahun BN di Kelantan adalah hukuman paling berat kerana memusnahkan impian rakyat selama ini. Sejak kecil mereka diberi nasihat oleh ibu bapa, datuk dan nenek untuk melihat kebenaran dan mencintai kehidupan yang bersih baik rohani dan jasmani. Akibat pertelagahan dan kerakusan untuk jawatan dalaman tahun 1999, BN dilihat tidak lagi mampu bersatu untuk memperjuangkan hasrat dan cita-cita rakyat Kelantan. Maka alternatifnya, PAS secara selesa dinobatkan untuk melakukan perubahan bagi rakyat Kelantan. Itu fenomena yang tersimpan dalam sejarah.

7 November 2009, fenomena baru bakal muncul. Penantian 40 tahun untuk bergelar juara. Jika terbukti Kelantan sebagai juara, apa kesannya? Pelajar sekolah di Kelantan akan menyebut nama penjaring kepada kemenangan pasukan Kelantan. Padahal , mereka sendiri yang menjaringkan gol dalam permainan di kampung halaman atau di sekolah. Rasa sayang rakyat Kelantan terhadap 'merah' warna jersi yang dipakai sukar untuk dilupakan. Semangat kenegerian akan lebih memuncak. Ingatan orang Kelantan lebih lama terhadap kemenangan itu kerana mereka tidak seperti orang di pantai barat yang terpaksa berfikir soal tekanan hidup.kos yang tinggi dan kesesakan lalu lintas. Orang kelantan akan punyai modal baru untuk bercakap di kedai kopi bagi mewar-warkan kegembiraan mereka ini. Orang 'bisnes' boleh buat duit dengan mengadakan apa jua tema,dan produk untuk melariskan jualan masing-masing yang ada hubungkait dengan bola sepak Kelantan. Keuntungan stadium belum diambil kira. Selepas ini musim baru bermula. Penyokong setia dan fanatik sanggup menyimpan duit dan membeli tiket perlawanan. Akhirnya '1 Malaysia' akan sebut 'orang klate ni hebat'.

1 ulasan:

dziauddin berkata...

sudah la satu malaysia..ni ha..hoben jang hoben akan melenyapkan sisa-sia impian kelate..